Cristiano Ronaldo Ungkap Kalimat ‘InsyaAllah’, Ramal Khabib Juarai UFC 254

Siapa yang tidak kenal lagi dengan dua nama ini, iaitu Cristiano Ronaldo dan Khabib Nurmagomedov, masing-masing mempunyai prestasi mengkagumkan dalam bidang sukan yang diceburi mereka.

Saling mengenali, baru-baru ini Cristiano Ronaldo meramalkan, Khabib Nurmagomedov memenangi perlawanan bersaing dengan Justin Gaethje, pada UFC 254.

Cristiano sebut Insya-Allah

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah ungkapan ‘Insya-Allah’ yang disebut pemain bola pasukan Juventus, menerusi siaran langsung di laman lnstagramnya.

“Sudah tentu Khabib akan memenangi perlawanan itu. Saudara saya, Insya-Allah!”…”

Cristiano Ronaldo dan Khabib Nurmagomedov saling mengenali serta pernah bertemu pada 2018, menyaksikan mereka bergambar bersama-sama memegang jersi Real Madrid.

Terkini, pemain Portugasl berusia 35 tahun itu kini sedang menjalani pengasingan diri selepas didapati pos1tif C0VlD-19.

Sumber : Harian Metro, omm

Be the first to comment on "Cristiano Ronaldo Ungkap Kalimat ‘InsyaAllah’, Ramal Khabib Juarai UFC 254"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*