Selepas Neelofa, Kini Yat Hamzah Pula Menyarung Purdah

“Saya dah mula pakai purdah sejak PKP lagi dan ketika PKPP, saya pakai hampir setiap hari ketika menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Sebelum ini, saya pakai pelitup mulut dan hidung. Tapi, apabila fikirkan semula, baik saya berpurdah saja sebab lebih selesa. Jadi, saya mula perlahan-lahan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia juga mendapat sokongan daripada suami untuk memakai purdah.

“Saya ada luahkan hasrat untuk berpurdah kepada suami dan dia pun sokong. Bukan sebab saya terlalu cantik atau wajib, tapi sebab memakai purdah, banyak perkara seperti ftnah boleh dielakkan. Dengan memakai purdah juga, saya dapat mengawal diri saya sebab ramai tahu, saya jenis periang dan suka ketawa. Apabila pakai purdah, dapatlah kawal diri kita,” katanya.

Yatt juga mengharapkan supaya orang ramai mendoakan dirinya terus istiqomah.

“Saya pun masih belajar dan perlu banyak beristiqomah. Saya tak tahu sama ada saya kuat atau tidak untuk terus memakai purdah. Saya kongsikan gambar di Instagram sebelum ini bukan untuk menunjuk, sebaliknya mengharapkan doa daripada keluarga, rakan-rakan dan pengikut Instagram saya,” katanya.

Sumber: HM

Be the first to comment on "Selepas Neelofa, Kini Yat Hamzah Pula Menyarung Purdah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*