FiIem Mael Totey Syahmi Sazli Dipuji, Penonton Iuah Tak Puas Tengok

Sedia tahu bahawa Y0utuber, Syahmi Sazli mengasah bakatnya lagi dengan menjadi pengarah fiIem hasil karyanya yang berjudul, Mael Totey The Movie dan ternyata setelah sekian lama peminatnya menanti dan mulai hari ini ia dapat disaksikan menerusi As tro First.

Siapa menyangka, anak muda ini semakin mendapat perhatian malah Iakonan daripada Asif, Yoe Parey dan ramai lagi turut membuatkan orang ramai teruja untuk melihat mereka dalam fiIem berkenaan.

Walau bagaimanapun, diruangan Instagram milik Syahmi Sazli sudah banyak reaksi posi tif yang diterimanya oleh orang ramai mengenai filem Mael Totey sehingga ada juga yang meIuahkan rasa ti dak puas selepas menonton.

Sementara itu, Syahmi Sazli juga dilihat berkongsikan pandangan mengenai filem arahannya itu dan individu terbabit memberitahu bahawa Mael Totey The Movie dilihat sebagai fiIem yang cukup sesuai untuk ditonton bersama ahli keluarga.

 

View this post on Instagram

 

Repost @withregram • @senibayan Saya menunggu detik 12 malam hari pertama tayangan untuk melanggan filem “Mael Totey The Movie” di Astro First. “ Mael Totey The Movie” dilihat menjadi filem yang cukup sesuai dan menarik untuk ditonton bersama keluarga dalam gusar cuaca pandemik dan karantina . Ada pihak yang mendakwa Syahmi memanipulasi manusia OKU, justeru saya menyangkalnya dan melabelkan filem ini sebagai satu ajakan sensasi menjadi akses mengangkat insan-insan istimewa yang selama ini terpinggir, terpencil, tiada kesamarataan, diskriminasi dan pemangsaan. Sekalung bunga untuk Syahmi Sazli yang berani melanggar hukum filem, Marvel juga P.Ramlee pernah melakukannya. Cerita yang tidak berat, bersahaja tapi Syahmi bijak melukis naratif cinta manusia lurus lalu diheret bersama-sama insan-insan istimewa sebagai subjek untuk suntikan ketawa dan tangis. Plot cerita dari awal memberi dan terus memberi tanpa ada sengkang tempo yang membosankan. Yoe,Asif,Bedul,Pak Abu dan semua pelakon baru tanpa nama besar yang terlibat sangat terkesan. Kritikan sosial yang lembut selembut dialek Kelantan mendasari soal budaya miskin malas,akad nikah, nasib anak-anak istimewa dan cetak rompak dijadikan asam limau kasturi dan cili padi penyedap santapan budu sepinggan. Lima bintang untuk pengakhiran cerita paling cemerlang…Bukan sahaja anak Kelantan malah untuk semua, kita sama-sama langgani filem ini, RM15.90 bukan ukuran kerana anak muda seperti Syahmi mampu memberi dan menuang hebat kreativiti, lebih berdosa jika memilih untuk menagih cetak rompak kerana filem ini cukup berlainan, kaya dengan “blending” rasa dan jiwa dan layak disarikatakan ke bahasa dan festival antarabangsa ! Paling tidak Mie selepas ini mu boleh bantu Yoe,Asif,Bedul dan Pak Abu menungkah mobiliti sosial dari panas rumah papan beraleh kepada sejuk penghawa dingin di rumah batu yang baru…Tahniah @syahmisazli… Mu memey GENIUS!!!

A post shared by Mael Totey (@syahmisazli) on

Kredit: HCL

Be the first to comment on "FiIem Mael Totey Syahmi Sazli Dipuji, Penonton Iuah Tak Puas Tengok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*