Kuda Lancelot DiIahirkan Di Iskandar Puteri Bakal Diiktiraf Guinness Book Of Record

ISKANDAR PUTERI: Seekor kuda jntan baka Friesian yang dilahirkan di Leisure Farm, di sini, bakal menjadi pemegang rekod dunia dalam Guinness World Record kerana merupakan kuda pertama daripada baka itu yang berjaya diternak di benua Asia.

Kuda diberi nama Lancelot itu diIahirkan di House Of Friesian Stud di Leisure Farm pada 3 Mac 2019 akan diberi pengiktirafan berkenaan pada Disember ini setelah selesai proses dokumen tasi dilakukan.

Selain rekod dunia berkenaan, Lancelot turut diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai kuda Friesian pertama dilahirkan di negara ini, yang turut menyaksikan syarikat Stal De Fryslan (SDF) Sdn Bhd menerima pengiktirafan MBR bagi First Friesian Horse Breeding And Riding Stud Farm pada September lepas.

Ketika ini, Lancelot yang berusia setahun enam bulan dan seberat 350 kilogram dipelihara dan dimiliki oleh syarikat SDF.

Pengarah Urusan dan Ketua Operasi Pemasaran dan Jualan Global SDF, John Peter berkata pihaknya mengambil masa selama 10 tahun untuk membuat pembangunan dan kajian mengenai kuda baka itu bagi melihat tahap kebolehan Friesian mengadaptasi serta bertahan dalam negara beriklim tropika dan bercuaca panas.

“Selama ini tidak ada orang dalam bidang kuda berani mengambil risi ko kerana Friesian dari negara sejuk, kuda salji serta khuatir ia tidak boleh bertahan dalam cuaca panas.

“Namun berlainan dengan kami yang berani membawa (mengimport) tiga ekor kuda Friesian dari Belanda sebelum seekor daripadanya melahirkan Lancelot di sini.

“Ini sekali gus membuktikan bahawa baka tersebut boleh bertahan dalam cuaca panas Malaysia,” katanya kepadanya pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SDF, Leonie Campbell dan Penolong Pengarah SDF, M Sooriyan.

Mengulas lanjut, John berkata kuda Friesian adalah baka berasal dari wilayah Friesland di Belanda yang popular digunakan untuk aktiviti sukan, pertunjukan, upacara atau perarakan diraja.

Ia juga merupakan baka kuda paling cantik di dunia selain mempunyai keistimewaan tersendiri antaranya berdaya tahan, memiliki kepantasan dan lompatan yang tinggi dan hanya dilahirkan berwarna hitam.

Baka ini juga pernah digunakan oleh tentera Belanda untuk berprang pada masa dahulu.
“Friesian boleh hidup sehingga 35 tahun dan ketika ini, hanya terdapat 70,000 ekor kuda Friesian daripada keseluruhan 58 juta populasi kuda di seluruh dunia.

“Ia juga bernilai antara RM250,000 sehingga RM10 juta mengikut ciri-ciri keturunan dan tahap latihan yang telah diberikan,” katanya yang memberitahu syarikat itu merancang untuk mewujudkan ladang ternakan kuda Friesian berkelas dunia di negeri ini, sekali gus menjadikan ia ladang pertama seumpamanya di Asia.

— BERNAMA

Be the first to comment on "Kuda Lancelot DiIahirkan Di Iskandar Puteri Bakal Diiktiraf Guinness Book Of Record"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*