“Simpanan Tunai, Belajar Di Universiti Dan Beli Kereta Sport”- AIiff Syukri Beri Kemewahan Bersyarat

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Shukri menyatakan kerja keras yang dilakukan semua ini adalah untuk anak-anaknya.

Menurut Aliff, 33, dia ingin anak-anaknya merasa kemewahan yang tidak diperolehinya sewaktu kecil dulu.

“Kenapa saya bekerja keras sebab saya ingin menjadi seorang abah. Adalah satu impian saya daripada remaja lagi.

“Saya ingin menjadi seorang superhero kepada anak-anak saya terutama anak perempuan saya, saya nak anak perempuan saya dipandang tinggi.

“Saya nak buat anak saya yang paling istimewa sebab tu setiap anak saya akan belikan insuran, simpanan tunai.

“Habis sahaja sekolah saya akan belikan kereta sport, akan pastikan mereka belajar di universiti luar negara, saya beri penjagaan terbaik dan beri masa setiap hari dengan mereka terutama sewaktu remaja.

“Dan saya akan pastikan calon pasangan yang terbaik buat anak kesayangan saya kelak.

“Macam saya sayang anak saya dia kena buat lebih, sebab saya tak dapat ketika kecil dahulu. Dengan syarat mereka hormat saya dan tidak laIai dengan dunia dan akhi rat,” tulisnya di Instagram (IG).

Sementara itu, pelantun lagu Abang Nak Tegur tersebut mengakui berasa takvt sekiranya didikan yang diberikan itu saIah.

Walaubagaimanapun, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman mendoakan agar anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah di dunia dan juga di akhi rat.

“Mungkin Allahu takdirkan saya tdak senang ketika saya kecil dan kesenangan ini diberi untuk anak-anak saya merasa.

“Saya nak suatu hari nanti anak-anak bukan sahaja menjadi anak yang senang di dunia tetapi saya akan pastikan mereka semua senang di akhi rat, amin.

“Bila anak dah membesar saya secara automatik terasa takvt kalau saIah cara mendidik anak. Doakan saya menjadi seorang ibu bapa yang terbaik untuk mereka,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

Impian @aliffsyukriterlajaklaris yg bergelar abah❤️❤️ . . Kenapa saya bekerja keras sebab.. sy ingin menjadi seorang abah.. adalah satu impian saya daripada remaja lagi.. saya ingin menjadi seorang super hero kepada anak-anak saya..terutama anak perempuan saya, sy nak anak perempuan sy dipandang tinggi💪💪sy nak buat anak saya yang paling istimewa sbb tu setiap anak sy sy akan belikan insyurankan,simpanan tunai, habis shaja sekolah sy akan belikan sportcar, sy akan pastikan mereka belajar di u oversea, sy beri penjagaan terbaik, sy beri masa setiap hari dengan mereka terutma sewaktu remaja.. dan sy akan pastikan calon pasangan yg terbaik buat anak kesayangan sy kelak❤️❤️ mcm sy syg anak sy dia kena buat lebih.. , di mana saya tak dapat ketika kecil dahulu.. dengan syarat mereka hormat sy dan tidak lalai dgn dunia dan akhirat.. . . . Mungkin Allahu takdirkan saya tidak senang ketika saya kecil.. dan kesenangan ini diberi untuk anak-anak saya merasa…. sy nak suatu hari nanti .. anak-anak saya bukan sahaja menjadi anak yang senang di dunia tetapi saya akan pastikan mereka semua senang di akhirat.. amin..Bila anak dah membesar saya secara automatic terasa takut kalau salah cara mendidik anak doakan saya menjadi seorang ibu bapa yang terbaik untuk mereka.. . . The best fotografer 📷 @tjdntrmn

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Aliff dan dan isteri, Datin Seri Shahida berkahwin pada Ogos 2007.

Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah serta seorang anak agkat.

Sumber: gempak

Be the first to comment on "“Simpanan Tunai, Belajar Di Universiti Dan Beli Kereta Sport”- AIiff Syukri Beri Kemewahan Bersyarat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*