Watak Animasi Dr Noor Hisham Jadi Perhatian, Kalau Tak Faham Lagi Tak Taulah

Siri animasi Boboiboy antara yang menjadi kegemaran ramai tidak kira peringat usia. Dihasilkan oleh anak-anak muda tempatan, siri animasi ini mempunyai nilai murni dan pengajarannya yang tersendiri.

Sebut sahaja nama siri animasi ini pasti membuatkan ramai kanak-kanak teruja! Manakan tidak setiap karakternya memiliki aura dan kehebatan kuasanya yang tersendiri.

Terbaharu watak animasi Dr Noor Hisham telah disertakan bersama karakter lain dari siri Boboiboy. Dalam video pendek itu, watak animasi Dr Noor Hisham muncul menjelaskan dan memberi nasihat mengenai cara pencegahan C0VlD-19 yang boleh dilakukan orang ramai.

Berikut adalah video pendek pesanan khidmat masyarakat mengenai pencegahan C0VlD-19 yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter baru-baru ini:

Wow, luarbiasa betul kemunculan watak dari salah seorang yang dihormati ramai kini ini! Video pendek pesanan khidmat masyarakat tersebut telah meraih lebih 260 ribu tontonan dan 29 ribu retweets serta 23 ribu likes. Rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dan meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen.

Kredit: HCL

Be the first to comment on "Watak Animasi Dr Noor Hisham Jadi Perhatian, Kalau Tak Faham Lagi Tak Taulah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*