Ca cat PengIihatan Sejak Lahir, Tapi 30 Juzuk Al Quran Tersemat Dalam Ingatan

Minat dan juga kesungguhan merupakan kunci utama untuk berjaya. Tidak kiralah sama ada kita merupakan insan normal ataupun kategori Orang KeIainan Upaya (0KU). Jika kita mempunyai tekad yang kuat, nescaya kejayaan akan diperoleh. Hal ini samalah seperti seorang pelajar berusia 17 tahun yang tergolong dalam kalangan ca cat penglihatan sejak kecil yang mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam masa 4 tahun.

Hafal 30 juzuk dalam 4 tahun

Berkat keazaman dan usaha yang gigih, Adam Hussaini Mohd Rosli, 17 yang mengalami masaIah pengIihatan sejak Iahir lagi telah berjaya menjadi antara 21 pelajar terbaik Syahadah sempena majlis Konvokesyen Himpunan Huffaz Permata al-Quran peringkat Nusantara di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak.

15 jam membaca & mempelajari al-Quran sehari

Menerusi Berita Harian, pelajar Maahad Tahfiz dan Pengajian Islam Darul Hijrah Baling, Kedah ini memaklumkan bahawa akan memperuntukkan kira-kira 15 jam sehari untuk membaca al-Quran menggunakan Braille dan juga mempelajari bahasa Arab.

Adam yang juga anak kepada pasangan pendidik telah pun membuktikan bahawa walaupun mengalami masaIah pengIihatan sejak Iahir lagi, namun dia beruntung kerana dikurniakan mata ha ti yang terang sehingga berjaya menjadi seorang hafiz.

Tahniah buat ibu dan bapa

Sehubungan dengan itu, menerusi ruangan komen Faceb0ok sumber, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan tahniah diatas pencapaian yang diperoleh oleh Adam.

Mereka juga sangat tersntuh melihat kesungguhan dan juga kemampuan Adam sehingga berjaya menjadi hafiz al-Quran walaupun tdak mempunyai daya penglihatan seperti individu normal.

Sumber : Berita Harian, Urus Setia Penerangan Darul Iman

Be the first to comment on "Ca cat PengIihatan Sejak Lahir, Tapi 30 Juzuk Al Quran Tersemat Dalam Ingatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*