Hafidz Roshdi Kini Mencari Sedikit Kelainan

SELAMA lapan tahun mengintai peluang dalam bidang Iakonan, kini nama Hafidz Roshdi semakin dikenali dalam bidang itu.

Namanya mula menjadi sebutan selepas membintangi drama bersiri Tundukkan Playboy Itu pada 2016 dan Mr Donat Karamel untuk siaran TV3.

Mengakui bersyukur dengan perjalanan karier seni Iakonan yang semakin mengujakan, lelaki berusia 26 tahun itu kini mahu mencuba pelbagai watak yang lebih menca bar kredibilitinya sebagai pelakon.

“Sepanjang empat tahun ini saya selalu ditawarkan peranan watak utama dan watak yang hampir sama. Tapi kali ini saya nak fokus untuk membawakan watak-watak yang berbeza dan lebih menca bar.

“Sebolehnya saya nak cuba sesuatu watak yang baru. Kalau tak dapat peranan utama pun saya okey, asalkan watak yang ditawarkan sesuatu yang lain daripada lain dan memberi saya kepuasan yang berbeza.

“Kalau dapat dua atau tiga babak yang boleh membuatkan orang ingat, saya tak kisah untuk bawakan berbanding watak hero yang ditawarkan,” katanya.

Bagi Hafidz, watak utama bukan lagi menjadi satu keutamaan asalkan setiap tawaran yang diberikan memberi impak yang baik untuk karier seninya.

“Saya tak kisah kalau ada produksi yang menawarkan watak lain selain peranan utama. Saya okey saja. Dalam tempoh sekarang ini tiada apa yang perlu saya buktikan. Kalau ada watak yang bersesuaian mengapa saya perlu toIak rezeki,” katanya.

Hantar keluarga balik kampung

Siapa sangka, dalam usia muda kehidupan Hafidz kini lengkap dengan kehadiran isteri dan dua cahaya mata.

Baru menimang anak kedua yang diberi nama Umar pada awal September lalu, Hafidz berkata, isterinya, Nurul Suhada Mat Shukri sedang menjalani tempoh berpntang di kampung halamannya di Perlis.

“Sudah lebih sebulan kami tinggal berjauhan kerana isteri berpntang di kampungnya manakala saya tinggal di rumah keluarga saya di Kuala Lumpur. Mungkin lepas habis penggambaran drama Rahimah Tanpa Rahim, saya akan bawanya pulang ke sini.

“Disebabkan saya terpaksa keluar bekerja setiap hari, jadi saya ambil keputusan untuk menghantarnya ke rumah mentua kerana bimbangkan keadaan kesihatan isteri dan anak. Tambahan pula, k3s C0VlD-19 kini semakin membimbangkan. Insya-Allah selepas penggambaran ini selesai saya akan bertemu dengan isteri dan anak-anak. Memang rindu yang tidak terkata, tapi sekurang-kurangnya di kampung ada orang menjaganya,” katanya.

Bawa watak gngster kampung

Hafidz yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Rahimah Tanpa Rahim untuk slot Akasia di TV3 berkata, dalam drama terbabit dia membawakan watak sebagai gngster kampung bernama Adli.

Katanya, dalam drama itu Adli ada menyimpan perasaan terhadap Rahimah lakonan Puteri Aishah.

“Dia ikhlas untuk menjaga Rahimah namun perasaannya ditolak. Dia bermula dengan watak yang jahat dan membe rontak apabila kehidupan keluarganya juga agak hvru-hara.

“Saya juga seronok sepanjang penggambaran kerana semua pelakon dan kru produksi yang terbabit memberikan sepenuh komitmen dan energi yang baik,” katanya.

Sumber: HM

Be the first to comment on "Hafidz Roshdi Kini Mencari Sedikit Kelainan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*