Keluarga Hebat Yang Paling Sunyi Dan Sepi Di MaIaysia

Kuala Terengganu: Lazimnya sesebuah keluarga besar meriah dan riuh rendah dengan kerenah masing-masing, namun berlainan dengan satu keluarga berstatus orang kvrang upaya (0KU) di Kampung Chendering, di sini.

Keluarga itu boleh dilabelkan sebagai keluarga paling senyap di negara ini berikutan lapan sekeluarga itu dilahirkan pe kak dan bi su.

Walaupun begitu, mereka menjalani kehidupan normal seperti orang lain seterusnya boleh dipuji dan dicontohi golongan senasib.

Mohamed Asali Razali, 47, dan isterinya Tengku Rosmimi Tengku Rakmal, 46, serta enam anak mereka iaitu Mohamed Asraq Mohamed Asali, 22, Norkasmira, 21, Norhafzan, 18, Muhammad Aswad,16, Muhammad Asman,13 dan Norzawani, 9, menjalani kehidupan berdikari termasuk bekerja dan bersekolah menggunakan bahasa isyarat sepenuhnya di rumah.

Mohamed Asali berkata, dia dan keluarganya menjalani kehidupan bahagia seperti orang normal yang lain.

“Sudah 23 tahun kami tinggal di rumah itu dan bersyukur kehidupan sekarang jauh lebih baik daripada dahulu yang penuh dengan cabaran.

“Dahulu anak masih kecil dan semuanya bersekolah pastinya mencabr untuk menyediakan segala keperluan.

“Sekarang ada anak yang bekerja dan membantu keluarga. Anak lelaki sulung, Mohamed Asraq sudah bekerja sebagai pembantu landskap manakala anak perempuan, Norkasmira tamat pengajian peringkat sijil kemahiran katering dan hotel di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis dan menjalani praktikal di kedai kek berdekatan,” katanya kepada Metro Ahad menggunakan aplikasi WhatsApp.

Katanya, dia dan isteri sentiasa memberi semangat serta dorongan kepada semua anak mereka untuk menjalani kehidupan dengan semangat biarpun berstatus 0KU.

“Kami tidak ajar anak Iemah semangat dan mvndur kerana kekvrangan diri.

“Saya sendiri tunjuk contoh terbaik kepada anak dengan bekerja kuat daripada pagi hingga ke malam untuk cari rezeki membesarkan mereka.

“Apa yang diperlukan, saya cuba penuhi untuk pastikan mereka tidak berasa kekurangan dan ketinggalan daripada arus pemodenan. Sebab itu semua anak ada telefon bimbit masing-masing,” katanya yang bekerja sebagai penyelenggara alat pemadam keba karan.

Menurutnya, dia bangga kerana semua anaknya hidup berdikari dan tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan tdak bercampur dengan masyarakat.

“Memang ada segelintir masyarakat menge jek dan menjadikan kami sebagai bahan jena ka, malah tidak kurang menyi sihkan kami, namun kami sudah terbiasa melaluinya,” katanya.

Tengku Rosmimi berkata, dia dan keluarganya masih ada rasa maIu untuk tampil di khalayak ramai kerana kekurangan itu.

“Bukan tdak mahu bergaul dengan masyarakat, tetapi ada segelintir individu suka mengajvk bahasa isyarat yang kami gunakan untuk berinteraksi dan saya tdak suka.

“Pernah Muhammad Asman ketika masih di sekolah rendah pulang ke rumah sambil mena ngis ak1bat dibuIi dan di3jek kerana pe kak dan bi su.

“Bagaimanapun, sekarang sudah jarang berlaku k3s seperti itu kerana masyarakat seakan-akan mula menerima dan memahami keadaan kami,” katanya.

Mohamed Asraq bersyukur kerana diterima bekerja di Istana Syarqiyyah dan boleh membantu keluarganya.

“Saya sudah lama ingin membantu ahli keluarga dan sekarang hasrat itu tercapai.

“Walaupun tidak banyak yang boleh membantu, ia tetap meringankan be ban keluarga, maklumlah empat adik masih bersekolah.

“Norhafzan bersekolah di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Muhammad Aswad di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan dan Muhammad Asman serta Norzawani di Sekolah Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuala Terengganu,” katanya.

Katanya, dia tiada ramai kawan dan kebanyakan rakannya mengalami masaIah sama iaitu pe kak serta bi su.

“Kawan yang normal di tempat kerja saja dan kami berhubung menggunakan WhatsApp kerana ia lebih mudah berbanding bahasa isyarat,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Keluarga Hebat Yang Paling Sunyi Dan Sepi Di MaIaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*