Sheila Mambo Akui Cuci Face Mask Untuk Dipakai Semula

Baru-baru ini, perkongsian Sheila Mambo di Instagram menjadi  perhatian ramai apabila pelakon itu mengakui terpksa mencuci semula pelitup muka pakai bvang yang sudah digunakan untuk dipakai semula.

Menurut Sheila atau nama sebenarnya, Rusilawati Hasan, dia berbuat demikian kerana kos perbelanjaan untuk membeli pelitup muka bukanlah murah apatah lagi perlu digunakan setiap hari seperti yang diwajibkan oleh pihak kerajaan.

“Faham-fahamlah, bukan murah mask, tapi seeloknya, kita basuh dengan sabun guna tapak tangan gosok manja-manja sahaja. Jemur dah boleh pakai. Tapi saya hanya buat sekali sahaja, lepas tu saya bvang guna yang baru.

“Siapa macam saya? Bukan kede kut, tapi berjimat. Cuba uji lepas basuh dah kering, letak air. Kalau tak tembus air, masih elok diguna pakai,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Sheila turut memuat naik cara-cara membasuh pelitup muka pakai buang yang sering dilakukannya walaupun sepatutnya ia tdak boleh diguna pakai semula.

Mengakui hal tersebut bertntangan dengan saranan yang dikeluarkan pihak berwajib, namun Sheila berkata dia menggunakan pelitup muka itu dalam tempoh sekejap sahaja.

“Ada pihak KKM (Kmenterian Kesihatan Malaysia) saran guna mask paling lama dua jam dan boleh buang, atau setelah dibuka sewaktu makan dan pakai sekejap dah boleh bvang, jangan pakai lagi.

“Saya kalau guna sekejap kurang dari dua jam atau hanya waktu tidak melibatkan bertemu atau bertembung dengan orang ramai, saya akan jemur selepas pakai.

“Saya guna hanya dua kali sahaja, lepas tu saya basuh dan keringkan kalau masih elok tidak keluar bulu-bulu kapas,” jelasnya.

Sumber: RK

Be the first to comment on "Sheila Mambo Akui Cuci Face Mask Untuk Dipakai Semula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*