Motosikal Dicvri, Rider Food Panda Terima Sumbangan Motosikal Dari DYMM Tengku Permaisuri Selangor

Masih ingat lagi tak anda pada kisah yang tular tempoh hari, mengenai motosikal jenis Yamaha LC135 V6 milik seorang penghantar makanan wanita yang dicvri berhampiran pasar raya Giant, Batu Caves? Hari ini merupakan hari yang bertuah buat dirinya kerana DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan svmbangan peribadi berupa sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 V6 baharu kepada saudari Nur Athirah Abdul Latiff.

Menurut laman Faceb0ok rasmi Selangor Royal Office, Baginda berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tuIar mengenai nasib maIang wanita tersebut. Sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring PoIis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspekt0r Noor Hidayu Aziz.

Nur Athirah yang merupakan anak kedua dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak selaku penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa. DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan ini Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.

Titah Baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dug4an ketika ini, Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain. Baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.

Sumber: Selangor Royal Office, Funtustico

Be the first to comment on "Motosikal Dicvri, Rider Food Panda Terima Sumbangan Motosikal Dari DYMM Tengku Permaisuri Selangor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*