Jam G-Shock Belanjawan 2021 Tengku Zafrul Kini Jadi Tumpuan

Belanjawan 2021 telah dibentangkan dengan teliti oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam. Belanjawan 2021 adalah yang pertama kali dibentangkan oleh ker4jaan Perikatan Nasional (PN) selepas pertukaran ker4jaan pada Mac tahun ini.

Belanjawan ini dinanti-nantikan rakyat dan disifatkan paling penting dan menc4bar ekoran penuIaran C0VlD-19 yang memberi kesan mendalam kepada setiap rakyat serta ekonomi negara. Ucapan penuh Tengku Zafrul boleh dibaca di sini.

Selain inisiatif Belanjawan 2021 yang menarik perhatian netizen seperti pengeluaran simpanan daripada Akaun 1 KWSP dan skim pemilikan rumah, jam tangan yang disarung Tengku Zafrul juga menarik perhatian netizen terutamanya peminat setia G-SHOCK.

Berdasarkan perkongsian netizen, Tengku Zafrul menyarung model G-SHOCK GA-900-2ADR ketika membntangkan Belanjawan 2021 semalam.

Jam tangan ini boleh didapati pada harga RM495 ketika ini di Lazada. Tetapi disebabkan faktor ia sudah disarung oleh Tengku Zafrul, ada yang sudah mula jual kembali model ini dengan harga setinggi RM1,200.

Tengku Zafrul merupakan seorang yang aktif bersukan dan tdak mustahiI jenama seperti G-SHOCK ini kerap disarung oleh beliau. Buat anda yang mencari sebuah jam tangan yang bergaya dan lasak, sempat lagi untuk membelinya pada harga pasaran di sini sebelum dikebas habis oleh reseller.

P/S: Sekiranya ia sudah sold out, mungkin anda boleh buat tempahan di laman Instagram ini yang menjual model ini pada harga yang munasabah kerana stok yang ditawarkan beliau adalah dari United Kingdom.

Sumber: Vocket

Be the first to comment on "Jam G-Shock Belanjawan 2021 Tengku Zafrul Kini Jadi Tumpuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*