Tdak Dapat Tidur, lnstafamous Mula Berubah Mendekatkan Diri Pada Yang Esa

CUKUP dikenali ramai dengan keletah bersahaja dan penuh Iawak jenaka, Ervan Rizuan kini mula memperlahankan aktiviti di media sos1al untuk mempelajari ilmu agama.

Menurut selebriti media sos1al dari Terengganu itu, dia mengakui terbuka hati untuk berubah ke arah yang lebih baik dan bersyukur diberi kesedaran pada usia 24 tahun.

“Sebenarnya saya dah lama mengaji sendirian. Tiba-tiba rasa nak cari seseorang untuk ajar mengaji. Saya tergerak hati, risau bila macam-macam berlaku dalam negara sampai beberapa malam tak boleh lelapkan mata.

“Orang kenal saya seorang yang giIa-giIa. Bila saya mula k0ngsi hal-hal agama, ada yang tanya… kenapa lain sekarang? Saya bukanlah nak berubah jadi alim, cuma nak perbaiki diri ke arah lebih baik. Contohnya kurangkan mencarvt.

“Bukan semua orang dapat rasa bila Allah jentik hati dia untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. Nikmatnya tak tahu nak cakap macam mana.

“Ia salah satu sebab kenapa saya kurang aktif di media sos1al. Sibuk kejar ilmu akh1rat. Bukan nak tunjuk alim, saya kongsi apa yang dilalui sekarang,” ujarnya kepada mStar.

Di Instagram, dia turut memuat naik aktiviti pengajian al-Quran yang disertainya bersama kakitangan di pejabatnya.

Jelas Ervan, ia ternyata mengimbas kenangan silam sewaktu mempelajari kitab suci itu khususnya pada zaman kanak-kanak dahulu.

Malah, dia juga tidak mahu mempersiakan platform yang ada untuk menyebarkan perkara-perkara baik khususnya kepada para peminatnya.

“Mana tahu bila orang tengok ni tergerak hati nak mengaji juga. Saya tak nak sia-siakan platform yang ada.

“Kalau ada yang kec4m kata saya menunjuk, itu terpulang kepada pemikiran masing-masing. Ada yang kata, mengaji pun nak buat live” ujarnya lagi.

Sebab akh1rat tu selamanya. Ingatlah, kejar akhirat, dunia mesti dapat. InsyaAllah. ERVAN RIZUAN

Kata Ervan, dia menyedari banyak kekhiIafan dilakukan dan bersyukur diberi peluang untuk memperbaiki diri.

Malah dia turut percaya bahawa individu yang mengejar urusan akhirat juga pastinya akan dipermudahkan segala urusan di dunia.

“Indah sungguh aturan Allah bila dia jentik lagi hati kita. Kadang-kadang saya terfikir, banyaknya d0sa Ya Allah. Tapi Allah masih bagi peluang untuk kembali kepada-Nya.

Bukan mahu tunjuk alim, namun kata Ervan, dia sekadar mahu memperbaiki dirinya.

“Buat saIah, Allah m4afkan… h1nanya kita. Sekarang pagi petang belajar ilmu akh!rat. Dah bertahun kejar dunia. K0rbanlah untuk dunia sementara.

“Sebab akh1rat tu selamanya. Ingatlah, kejar akh!rat, dunia mesti dapat. InsyaAllah.

“Nak menjadi lebih baik tu senang tapi nak kekalkan iman kita ni susah. Doakan sama-sama ya semua,” ujarnya.

Untuk rekod, Ervan yang juga pengusaha produk kecantikan dan pakaian memiliki lebih setengah juta pengikut di Instagram.

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Tdak Dapat Tidur, lnstafamous Mula Berubah Mendekatkan Diri Pada Yang Esa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*