Walau SekoIah Sampai Darjah 5, Remaja lni Jana RM50K Sebulan Jual Belacan

Siapa sngka meskipun baru berusia 19 tahun, remaja bernama Muhammad Aimi Shahril Mat Ali ini merupakan antara pengusaha belacan terbesar di Terengganu.

Mewarisi perniagaan belacan daripada arwh bapanya, Mat Ali Sulong, 63, dan ibunya, Maimun Mat Said, 50, ketika dia berusia 16 tahun pada 2017, Aimi menjana pendapatan lumayan setiap bulan.

Meskipun seorang peniaga berjaya, namun Aimi berkata dia berpegang pada pesanan arwh ibu bapanya supaya sentiasa rendah hati dan hidup secara sederhana agar tidak hanyut dengan kemewahan.

Jika ahli perniagaan lain yang berjaya-jaya sibuk berlumba-lumba menunjukkan kemewahan dengan kenderaan mewah, Aimi hanya memandu Proton Wira terpakai sahaja.

“Saya bersekolah sampai tahun lima sahaja dan belajar agama di sekolah pondok selepas itu. Ketika musim cuti, saya akan membantu arwh bapa membuat belacan dan pada usia 14 tahun, bapa mula mengajar saya selok belok berniaga belacan.

“Ibu mninggaI dunia pada 2010 ak1bat b4rah sebelum bapa pula mninggaI pada 2017 ak1bat penya kit p4ru-p4ru berair,” katanya.

Akui sukar untuk menguruskan perniagaan di usia muda, Aimi berkata dia merupakan anak tunggal dan hanya dirinya sahajalah yang layak mewarisi perusahaan berkenaan.

“Pada peringkat awal, untuk menguruskan perniagaan ini memang mencabar kerana pada usia muda, saya perlu menguruskan semua termasuk berkerja dengan orang yang jauh lebih berusia.

“Saya ada 12 pekerja berusia 18 hingga 50 tahun namun saya bersyukur kerana semuanya memberi kerjasama yang baik. Saya tak pernah anggap diri sebagai ‘bos’ atau ketua tetapi mereka dilayan seperti keluarga sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Aimy bersyukur kerana berjaya mengekalkan perniagaan belacan itu sehingga jumlah pengeluaran belacan lebih tinggi berbanding lima tahun lalu, malah turut meluaskan pasaran ke negeri lain.

“Sebelum ini, hanya 500 hingga 700 keping belacan dijual sehari namun kini, ia meningkat lebih 1,000 keping sehari. Pasaran juga lebih luas termasuk ke Kuala Lumpur, Langkawi dan Pahang,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Walau SekoIah Sampai Darjah 5, Remaja lni Jana RM50K Sebulan Jual Belacan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*