Nak Pakai Pelitup Muka Tapi Tetap Mahu Tunjuk Muka, lni Penyelesaiannya

Jorge Roriz, 65, sudah lama menggunakan kemahiran seninya untuk mencipta dunia magis, terutamanya dalam sambutan kebudayaan Carnival Rio de Janeiro yang diserikan kostum berwarna-warni serta kenderaan berhias.

 

Kini, dalam musim pndemik C0VlD-19 yang belum berakhir, dia memanfaatkan bakat seninya untuk menghasilkan pelitup muka yang tidak ‘menutup’ ciri-ciri wajah pemakainya, sebaliknya kelihatan mirip wajah asal.

Roriz yang ditemui Reuters di studio seninya dilihat tekun melukis gambaran hidung dan mulut serta sebahagian daripada pipi dan dagu, yang ditutup kepingan pelitup muka pemakainya.

Untuk mencapai matlamatnya, pelanggan yang menempah akan memberi gambar wajah mereka menerusi telefon pintar, lalu cuba meniru semula menggunakan calitan berus dan cat khas.

“Saya menggunakan pelitup muka ini dengan tujuan tidak mahu kehiIangan identiti,” ujarnya yang turut memakai pelitup muka menyamai warna kulit, bentuk mulut, serta ciri khas pada wajahnya sendiri, seperti misai putihnya.

Semua pelitup muka yang dihasilkannya begitu popular dalam kalangan pelanggan yang juga sependapat dengannya – iaitu mahu menutup mulut dan hidung bagi melindungi diri daripada C0VlD-19, namun enggan menyembunyikan wajah.

“Sangat penting untuk orang ramai menjaga diri masing-masing. Pakai pelitup muka juga sangat bagus.

“Saya menerima banyak reaksi positif… mereka ketawa melihatnya.

“Sesuatu yang digunakan kerana kita dalam tempoh bersed1h akhirnya membawa sedikit kegembiraan,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment on "Nak Pakai Pelitup Muka Tapi Tetap Mahu Tunjuk Muka, lni Penyelesaiannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*