Keputusan DBKL Iarang Kedai Runcit JuaI AR4K Mulai Oktober 2021 Adalah Muktamad – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meIarang penjualan minuman k3ras (ar4k) di kedai runcit mulai 1 Oktober 2021 adalah muktamad.

Perkara demikian ditegaskan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu ciapan di Twitternya, malam tadi.

Sebelum ini, DBKL telah menetapkan Garis Panduan dan Syarat-syarat Permohonan Lesen Minuman Ker4s (Liquor Yang Memabvkkan – LMK) bagi wilayah tersebut.

Garis panduan tersebut menjelaskan, jualan liquor di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat cina adalah tdak dibenarkan berkuatkuasa 1 Oktober lepas

Dalam masa sama, tiada lagi lesen baharu LMK yang boleh dimohon premis-premis tersebut bermula pada tarikh yang sama.

“(Bagaimanapun) untuk LMK sedia ada di premis berkenaan, pembaharuan dibenarkan sehingga 30 September 2021 sahaja,” jelas garis panduan tersebut, baru-baru ini.

Manakala premis atau jenis aktiviti yang diwajibkan lesen LMK adalah pvb, b4r, ‘lounge’, restoran, gudang, stor, program dan acara yang ada menjual atau menghidangkan minuman ker4s tersebut.

Sementara itu, beberapa syarat lain yang ketat juga turut dinyatakan, antaranya pemohon atau pemegang lesen hanya dibenarkan bagi yang bukan beragama Islam sahaja.

“Pemilik perniagaan mestilah terdiri daripada orang bukan beragama Islam (bagi pemilik tunggal atau perkongsian) dan majoriti orang bukan beragama Islam dalam lembaga pengarah syarikat.

“Selain itu, premis perlu memastikan tiada pengunjung beragama Islam yang meminum (atau membeli) minuman ker4s dan papan kenyataan Iarangan ini hendaklah dipamerkan di pintu masuk premis.

“Dalam masa sama, perkhidmatan penghantaran ‘designated driver’ atau e-hailing bagi pelanggan yang mabvk di premis LMK Rumah Awam Kelas 1 adalah digalakkan,” maklum garis panduan itu lagi.

Sumber: SK

Be the first to comment on "Keputusan DBKL Iarang Kedai Runcit JuaI AR4K Mulai Oktober 2021 Adalah Muktamad – Annuar Musa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*