Demi Mncari Kerja, Bapa Snggup ToIak Motor 10km Krn Tayar Pncit SambiI Ank Duduk Depan

Aku jumpa atas jambatan Penang hala ke pulau tadi. Bapa bersama anak 6 tahun naik moto RC lama tengah panas rembang. Dari Bagan Datoh Perak Mai penang nak pusing2 cari kerja. Anak 8 org, umoq abang ni lingkungan hujung 40an.

Kat bagan datoh tu dia keja2 kampung ja & pendapatan tak cukup.

Tadi jumpa dia atas jambatan dok bawak moto suzuki rc80 tayar belakang p3cah & ada budak umor 6 tahun kat depan. Aku Mintak nak tumpangkan budak tu, tp dia taknak. Mungkin dia takvt aku bawak Iari anak dia. So aku bawak dia ke workshop dekat jelutong untuk tukar tayar pancit. Separuh jalan, dah teruk sgt tayar dia. Dekat 10km++ dia toIak motor dia & ank dia duduk kat depan.

Aku bawak dia ke kedai moto, tukaq tayar luaq & tayar dalam, lepas tu bawak dia p makan nasi kandaq deen. Aku mintak no hp dia, bila aku call, takda bunyi, lepas tu dia keluarkan hp dia, rupanya bateri k0ng. Dia guna hp brand china yg paling murah yang amat. Memang tekan pun plastik semata mata.

Lepas bagi no hp tu, dia teruskan perjalanan nak balik katanya. Mungkin dia dah penat & letih sangat. Aku cuma dapat tolong dia tukaq tayar & belanja makan. Semoga urusan dia dipermudahkan.

Sed1h betul teman dia td. Sepanjang aku duduk dengan dia, dia senyum sentiasa walaupun aku faham, dia datang jauh ni memang betul2 perlukan bntuan…

Sumber : Syed Hassen via islamikmedia

Be the first to comment on "Demi Mncari Kerja, Bapa Snggup ToIak Motor 10km Krn Tayar Pncit SambiI Ank Duduk Depan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*