Rakyat MaIaysia Kini Menjadi GeIandangan Di Singapura

JOHOR BAHRU: Mereka masih bekerja, namun terpaksa hidup sebagai geIandangan di negara orang, tidur di tepi jalan, menumpang mandi di tndas awam dan adakalanya berlapar kerana berjimat membeli makanan.

Itu realiti dihadapi ratusan rakyat Malaysia bekerja di Singapura ketika ini, angkara COVID-19 yang menyaksikan pintu sempadan ditutup bagi mengelak penularan, sekali gus menghalang mereka berulang alik dari Johor seperti kebiasaan.

Disebabkan kos sara hidup tinggi di negara jiran itu, ramai rakyat Malaysia yang sebelum ini berulang alik ke Singapura, terpaksa berk0rban bagi menanggung keluarga kerana ada juga yang dipotong gaji bulanan oleh majikan ak1bat pndemik C0VlD-19.

Mereka berehat dan tidur di bangku yang ada di taman awam sekitar republik berkenaan, menggunakan tndas awam atau di medan makan, restoran, surau atau masjid, ada juga yang menumpang mandi di tempat kerja.

Difahamkan, ramai tidak mengambil peluang skim Pengaturan Ulang-Alik Berkala (PCA) untuk pulang bercuti dan bertemu keluarga di negara ini berikutan pelbagai kekangan, termasuk dari segi kewangan dan peraturan majikan mereka di republik itu.

Pekerja juga dikatakan tidak dibenarkan bercuti panjang berikutan bebanan kerja ketika penuIaran C0VlD-19, selain perlu menjalani kuarntin wajib 14 hari sebelum dibenar masuk ke Malaysia dan kemudian sebelum dibenarkan masuk kembali ke Singapura.

Nasib mereka dik0ngsi Shahruddin Haeal Helmy Mohd Noh, 34, rakyat Malaysia yang bekerja di sebuah syarikat minuman di Singapura dan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan di republik berkenaan.

Lebih dikenali dengan nama Eddie Dieana, beliau berkata, sekurang-kurangnya 100 pekerja Malaysia di Singapura kini terpaksa menjadi geI1qandangan kerana tidak mampu menyewa bilik, apatah lagi katil.

Dengan purata pendapatan bulanan S$800 (RM2,441) hingga S$1,400 (RM4,271), katanya, mereka tidak mampu menyewa katil pada harga S$300 (RM915) hingga S$500 (RM1,525) sebulan, apatah lagi bilik berharga S$700 (RM2,135) hingga S$1,200 (RM3,660).

Beliau berkata, ia belum dicampur kos makan mencecah S$20 (RM61) sehari dan kos tambang perkhidmatan pengangkutan awam MRT, antara S$3 (RM9) hingga S$4 (RM12) bagi satu perjalanan mengikut lokasi.

Malah, katanya, ada yang terpksa mengikat perut kerana hanya mempunyai S$100 (RM304) untuk bertahan selama sebulan, termasuk kos makan selepas menghantar kira-kira S$700 (RM2,134) untuk keluarga di Malaysia dan S$300 (RM915) kos katil.

“Ada yang makan mi segera dari pagi hingga malam untuk alas perut. Jadi, pada masa terluang, saya akan cari roti yang tidak lagi mahu digunakan dari lori roti untuk diberikan kepada rakan-rakan geIandangan,” katanya ketika dihubungi BH.

Shahruddin yang menyertai program amal dikendalikan sepasang suami isteri warga Singapura sejak Ramadan lalu, berkata mungkin ramai bertanya mengapa mereka tidak pulang sahaja ke Malaysia daripada menjadi geIandangan di Singapura.

“Untuk makluman, rakyat Malaysia yang jadi gelandangan di Singapura, rata-rata adalah sumber utama mencari pendapatan untuk keluarga. Jika balik Malaysia, mungkin sukar cari kerja pada waktu ini, bagaimana mahu tanggung keluarga?,” katanya.

Beliau yang sudah enam tahun bekerja di Singapura dengan berulang-alik ke republik itu dari rumahnya di sini sebelum terkandas di republik itu akibat penutupan pintu sempadan, menegaskan meninggalkan Singapura bukan penyelesaian terbaik ketika ini.

“Mereka terpaksa berhenti bekerja dan wajib jalani ujian saringan serta kuarntin di Malaysia yang kosnya ditanggung sendiri. Saya dimaklumkan, perlu bayar RM2,200 untuk kos kuarantin selama 14 hari di Malaysia selain ujian saringan.

“Ia ibarat ‘sudah jatvh ditimpa tangga’. Sudahlah terpaksa berhenti kerja, harus bayar kos kuarantin lagi. Sebab itu mereka sanggup tidak balik dan bertahan di sini,” katanya.

Shahruddin menjelaskan, kerumitan hidup pekerja Malaysia di Singapura hanya akan berakhir apabila pintu sempadan dibuka dan mereka boleh berulang alik dari Johor setiap hari bekerja.

“Mereka tidak pernah bergeIandangan sebelum ini, kebanyakannya berulang alik dari Johor. Ia menjimatkan, tidak perlu keluar kos makan, sewa katil atau bilik di Singapura kerana ada rumah di Malaysia, milik sendiri atau sewa. Tiada tekanan hidup,” katanya.

Katanya, mereka yang menerima gaji bulanan atas $1,500 (RM4,575) juga terhimpit dengan pelbagai kos, termasuk petrol, permit masuk kenderaan (VEP) S$4 (RM12) sehari, kos makan, kos katil atau bilik dan tidak termasuk wang belanja untuk keluarga.

Bercerita lanjut, beliau berkata, hampir semua keluarga pekerja Malaysia yang menjadi gelandangan di Singapura tidak tahu keadaan sebenar suami atau ahli keluarga di negara jiran itu sepanjang pandemik ini.

“Mereka tidak mahu memaklumkan keluarga di Malaysia kerana tidak mahu keluarga bimbang dan risau. Mereka ini antara golongan yang betul-betul bergolok-gadai untuk bekerja dan memberi makan keluarga, sedangkan diri sendiri makan sekadar alas perut.

“Itu belum bab em0si, jauh dari keluarga berbulan-bulan. Kalau tidak kuat, memang tertekan dan kemurvngan. Kami amat berharap sempadan dibuka, tetapkanlah apa pun syarat asalkan munasabah untuk kami boleh berulang alik bekerja dari Johor,” katanya.

Tertekan pikul tanggungjawab besarkan ank seorang diri

Beban em0si meIampau dan tertekan kerana tidak tahu nasib suami yang tiada di sisi sejak kira-kira lapan bulan pndemik C0VlD-19 menuIar.

Bagi Ismaliza Ismail, 39, dia bukan sahaja terbeban, malah terpaksa bekerja keras memikul tanggungjawab membesarkan dua ank yang masih kecil seorang diri di sini kerana suami, Muhammad Arshad Rahim, 30, terkandas di negara jiran.

Katanya, hampir semua pekerja Malaysia yang mengambil keputusan terus berada di Singapura pada awal penuIaran C0VlD-19 Mac lalu, sebenarnya tidak bersedia meninggalkan keluarga berbulan-bulan, sekali gus kini turut tertekan.

“Pada mulanya, mereka sangka penutupan sempadan Malaysia-Singapura hanya dua minggu. Jadi, suami dan majoriti yang lain hanya buat persiapan menetap di Singapura untuk dua minggu sahaja.

“Sebelum itu, bertahun-tahun suami dan ramai lagi rakyat Malaysia berulang-alik melalui Tambak Johor atau Jambatan Link Kedua di Gelang Patah untuk masuk bekerja di Singapura.

“Apabila penutupan sempadan berpanjangan sejak Mac lalu, pelbagai masalah timbul. Beban em0si, tekanan tidak dapat dikata lagi, bukan sahaja suami, malah saya juga apabila anak saban hari bertanya bila ayah mereka akan pulang,” katanya.

Katanya, tekanan bukan sahaja kerana menjadi ‘ibu tunggal’ menguruskan semua urusan keluarga berseorangan, tetapi juga kerana pendapatan keluarga turut mer0sot lebih 50 peratus berikutan perbelanjaan sara diri suami di Singapura amat tinggi.

“Ketika berulang alik, suami bersarapan dulu di rumah seawal 4 pagi, bawa bekal makanan tengah hari dan pulang menjelang malam. Sejak terkandas, suami guna pendapat untuk belanja makan, sewa bilik dan tujuan lain yang kosnya berkali ganda.

“Lebih separuh daripada wang gaji bulanannya dihabiskan untuk menanggung diri di sana,” katanya kepada BH.

Katanya, suaminya yang bekerja sebagai penghantar dokumen dan barangan, tidak menggunakan Pengaturan Ulang-Alik Berkala (PCA) untuk pulang kerana hanya dibenarkan bercuti tujuh hari berikutan bebanan kerja yang banyak.

“Jika balik ke sini, dia perlu jalani kuarntin wajib 14 hari. Untuk masuk semula ke Singapura juga perlu menjalani kuarntin di sana. Macam mana mahu pulang jika cuti pun tujuh hari sahaja.

“Ramai tidak berani meIanggar arahan majikan kerana bmbang diberhentikan kerja. Kalau itu berlaku, adakah ada peluang kerja di sini ketika pndemik C0VlD-19 belum pulih,” katanya.

Suri rumah, Norhariyanti Abu Bakar, 38, mengakui menguruskan anak berusia 11 dan 18 bulan sendirian kerana suaminya, Shahruddin Haeal Helmy Mohd Noh, 34, terkandas di Singapura, amat menc4bar.

“Tujuh bulan urus rumah tangga sendirian memang menc4bar, saya kena lincah buat semua kerja, memang tidak boleh rehat dari awal pagi sampai tengah hari. Anak pula adakalanya bukan tidur serentak. Selepas mereka tidur, baru saya dapat lelapkan mata sekejap,” katanya.

Mengakui em0sinya terganggu setiap kali anak tidak sihat kerana terpaksa ke kIinik bersendirian dengan membawa dua anak kecil, Norhariyanti bagaimanapun bersyukur mempunyai keluarga yang tinggal berdekatan untuk membantu jika perlu.

“Dari segi em0si, memang saya sedikit tertekan sebab langsung tiada masa untuk berehat. Walaupun saya sendiri tidak sihat seperti dmam, saya tetap jalani hari-hari seperti biasa menguruskan rumah dan anak-anak.

“Tipu kalau saya tidak pernah men4ngis, lebih-lebih lagi semasa anak sak1t dan demam, saya urus sendiri tanpa suami di sisi. Waktu itu memang rasa letih sangat sampai keluar air mata,” katanya yang berhubung dengan suami menerusi panggilan video setiap hari.

Sumber: BH Online

Be the first to comment on "Rakyat MaIaysia Kini Menjadi GeIandangan Di Singapura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*