Hidupnya Sebatang Kara, Namun Apabila Beliau MATl Dipenuhi Kasih Sayang Tetangga

Hidup merantau untuk mencari rezeki merupakan lumrah hidup seorang insan bagi menampung diri dan keluarganya. Jika merasakan rezekinya tidak ditemukan di kampung halaman, maka merantaulah ke negeri orang. InsyaAllah rezeki pasti ada.

Begitulah yang berlaku kepada seorang remaja yang bernama Rizal yang berasal dari Filipina. Rizal remaja yang berusia 17 tahun merantau ke Sandakan, Sabah seorang diri.

Dia tinggal di Kg. Sing Kee, Tanah Merah, Sandakan. Tempat tidur remaja yang bekerja sebagai kuli kapal itu hanyalah menumpang di rumah rakan-rakan. Kadang-kala dia tinggal di bangunan kosong.

Dia hidup sebatang kara, bersendirian gigih bekerja untuk menyara hidup. Namun hidup sebatang kara tidak bermakna m4ti juga akan sebatang kara. Hidup yang berbudi m4tinya akan dikenang. Baru-baru ini Rizal meninggaI dunia ak1bat tibi. Namun perginya sangat dipermudahkan.

Tidak seperti hidupnya yang sebatang kara, m4tinya penuh dengan kasih sayang daripada jiran-jiran yang mengenang jasa remaja Filipina itu yang tidak pernah lokek dengan rezeki yang diperolehinya. Ikan-ikan yang diperolehi hasil kerjanya sebagai kuli kapal diagih-agih kepada jiran yang memerlukan.

Kisah Rizal diceritakan oleh Abang Botak di Faceb0oknya:

Baru-baru ni ada satu kemat1an, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ak1bat peny4kit tibi. Saya berharap rakan-rakan yang membaca kisah ini dapat sampaikan berita kem4tiannya kepada kedua ibu bapanya jika mengenali mereka. Saya dimaklumkan ibu bapanya gagal dikesan sehingga kini dan kini berada di negara Filipina.

Namanya dikenali sebagai Rizal, beralamat di Kg.Sing Kee Tanah Merah Sandakan. Hidupnya sebatang kara tanpa kedua ibu dan bapa kandungnya di sisi. Dengan usia begitu, dia menyara kehidupannya dengan bekerja sebagai kuli (juragan) kapal, menurunkan ikan daripada kapal apabila melabuh di pantai. Dengan sedikit hasil upah dan ikan yang dia perolehi hasil daripada menurunkan ikan dari kapal.

Dia tidak lokek (kedekut) mengagih-agihkan ikan yang dia dapat kepada jiran-jiran yang berhampiran. sehinggalah dia sangat disenangi oleh orang ramai dikampungnya. Tempat tidurnya di mana-mana saja. Kadang menumpang di rumah rakan-rakannya. Kadang tinggal di bangunan kosong saja. Begitulah kehidupannya sehari-harian.

Jika ada kapal ikan berlabuh keesokan harinya. Adalah rezeki yang akan dia perolehi dan diagih-agihkan kepada orang ramai di kampungnya lagi. Itulah dia Insan mulia bernama Rizal. Namun, orang baik biasanya Allah akan ambil lebih awal. Takdirnya dia telah kembali kepangkuan Ilahi pada 08.01.2020 pada usia 17 tahun. Mat1nya tidak sempat bertemu ibu dan bapanya.

Hasil budi baiknya kepada orang ramai. Akhirnya Jnazahnya disempurnakan pula oleh orang ramai dikampungnya. Semasa dalam perjalanan aku diceritakan, tentang pekertinya. Dan tempat uruskan jnazahnya pula dirumah seorang makcik daripada kampung itu yang menawarkan pondok kecilnya.

Saya sangat terh4ru, meskipun dia tidak ada apa-apa, tapi dia ada orang ramai disekelilingnya membantu. Ada juga aku tawarkan kain k4fan. Awalnya mereka setuju menerimanya. Tapi ketika sampai di rumah makcik yang menumpangkan jnazahnya. Saya dimaklumkan kain k4fan sudah ada disediakan oleh ketua kampung di situ. Masya-Allah.

Segalanya dipermudahkan. Untuk tanah perkburannya pun saya sudah maklumkan rakan penggali kbur di Jalan Aman. Alhamdulillah juga dipermudahkan. Mereka tidak tetapkan harga. Berapa saja dia ambil katanya dengan sedikit sumbangan orang ramai yang ada di tangan, saya berikan kepadanya sebagai upah.

Alhamdulillah kini jnazahnya sudah selamat disemad1kan. Ramai juga orang kampung yang mengiringi jnazahnya ke kbur. Begitulah kisah kem4tian adik Rizal seorang yang baik kepada orang ramai dikampungnya. Aku doakan jika kedua ibubapanya masih hidup semoga mereka dapat datang melawat ke pvsara anaknya ini.

Dan aku doakan, semoga rezeki orang-orang kampung yang membantu mengurus jnazahnya pula dimurahkan oleh Allah SWT. Dan yang terakhir aku doakan semoga adik Rizal tergolong dalam kalangan hamba yang beriman dan dimasukan dalam syurgaNya. Amin..

sumber: kulihatlangitbiru

Be the first to comment on "Hidupnya Sebatang Kara, Namun Apabila Beliau MATl Dipenuhi Kasih Sayang Tetangga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*