SEDlH Tengok Jalan Kaki Hantar Makanan, Ebit Lew Hadiahkan 5 Basikal Lipat

Tidak sampai hati melihat kepayahan mereka berjalan kaki di bawah panas terik, kelima-lima penghantar makanan Foodpanda ini ditakdirkan menerima ‘rezeki’ secara tidak disangka-sangka.

Pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew menjelaskan, segala-galanya bermula pada waktu tengah hari selepas waktu Solat Jumaat hari ini.

“Mereka hantar makanan jalan kaki. Purata seminggu RM100 ke RM300. Muka semua rajin dan baik-baik saja.

“Ada seorang kakak (ini) ibu tunggal. Naik LRT datang sini. Sed1h dengar latar belakang keluarga masing-masing-masing,” katanya dalam satu hantaran di Faceb0ok hari ini.

Dalam pada itu jelasnya, kesemua penghantar makanan tersebut belum mempunyai lesen memandu, selain turut tidak mempunyai motosikal dan basikal sendiri.

“(Mereka) tak mampu beli lagi. Jadi hantar (makanan) jalan kaki. Katanya mandi peluh hari-hari. Kerja sebab nak sara keluarga.

“Ada seorang lagi kakak dia dapat bulan ini RM450. Suami tukang urut dapat RM400 juga. Ada seorang adik ini tinggal dengan ibu sahaja. Ibu bapa berp1sah. Selepas SPM tiada kerja. Nak tolong mak, katanya paling best bila dapat bagi RM500 pada mak. Baki sikit-sikit untuk makan sendiri.

“Aduh menang1s dengar. Suka terkesan tengok anak muda rajin begini. Tahniah adik semua yang rajin tolong keluarga. Sebulan RM700 ke RM800. S4yu hati ini,” tambahnya lagi.

Atas rasa smpati dan kagum atas usaha mereka, Ustaz Ebit Lew ‘menghadiahkan’ mereka masing-masing dengan basikal lipat untuk memudahkan pergerakan dalam mencari rezeki.

“Mereka suka senang nak bawa naik LRT dan ada sembilan gear. Ringan nak kayuh. Special untuk mereka. Dan saya beri sedikit duit belanja buat lima orang serta yang ada di situ tadi.

“Semoga adik ini terus kuat ye dan diluaskan rezeki,” katanya.

Sumber: Ebit Lew

Be the first to comment on "SEDlH Tengok Jalan Kaki Hantar Makanan, Ebit Lew Hadiahkan 5 Basikal Lipat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*