“Saya Trharu lkIan Itu Masih Diingati Sehingga Kini” – ‘Per4gut’

Shah Alam: “Saya terh4ru kerana iklan itu masih diingati sehingga kini walaupun tidak lagi ditayangkan di kaca televisyen,” kata Mohd Uzreen Mohd Kassim yang pernah melakonkan watak per4gut dalam iklan khidmat masyarakat sekitar tahun 2006.

Turut membintangi iklan khidmat masyarakat itu adalah pelakon veteran, Wan Maimunah.

Berkongsi pengalamannya, Mohd Uzreen, 39, yang kini bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia ditawarkan berlakon dalam iklan berkenaan pada tahun 2006 dan menerimanya kerana tiada pekerjaan ketika itu.

“Saya ditawarkan berlakon oleh seorang rakan yang ketika itu bekerja di Filem Negara Malaysia (FNM) dan terkejvt kerana tawaran datang secara spontan sedangkan saya pula tiada pengalaman berlakon.

“Kebetulan, saya tiada pekerjaan pada waktu itu jadi terima tawaran untuk mencuba walaupun rasa agak kekok dan susah untuk melakukannya (berlakon),” katanya ketika ditemui Harian Metro di Taman Perindustian, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebagai inidividu yang tiada pengalaman, peluang berlakon dalam iklan itu dianggap sebagai kenangan terindah terutama apabila digandingkan dengan pelakon hebat seperti Wan Maimunah.

“Perasaan saya bercampur baur, teruja ada, takvt pun ada ketika berlakon dengan ibu (gelaran untuk Wan Maimunah) di set penggambaran.

“Namun, ibu tidak lokek berkongsi ilmu malah banyak membantu dan mengajar saya bagaimana melakonkan watak peragvt di set penggambaran.

“Ibu seorang pelakon yang profesional dan tidak kisah saya menolaknya dengan betul sekalipun kerana mahu adegan kami nampak hidup,” katanya.

Katanya, dia ada terbaca kenyataan Wan Maimunah yang meluahkan hasrat untuk bertemu dengannya.

“Saya ada menerima panggilan daripada ank angkat ibu yang mahu mengatur pertemuan kami selepas tersiarnya kisah itu di portal berita dan laman sosial.

“Namun, ia kemudiannya senyap begitu saja dan difahamkan ibu mempunyai masaIah kesihatan.

“Ikutkan, saya juga (mahu) bertemu dengan ibu jika ada masa yang sesuai tetapi tidak pasti adakah dia masih ingat dengan saya atau tidak,” katanya.

Bapa kepada seorang anak itu berkata, selepas iklan khidmat masyarakat berkenaan dia tidak menerima tawaran lain untuk berlakon.

“Itu (tawaran) kali pertama juga terakhir saya berlakon dan tiada lagi selepas itu tetapi impaknya besar sehingga kini terutama selepas video iklan itu kembali tular di laman sosial beberapa bulan lalu.

“Ini kerana ramai individu tidak dikenali menghantar permintaan untuk menjadi rakan di Faceb0ok (FB) dan beratus mesej diterima. Jujurnya saya bangga kerana mesej iklan berkenaan sampai kepada penonton sekali gus dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berwaspada,” katanya.

Berhubung wajahnya yang dijadikan karikatur di laman jenaka dekat laman sosial, Mohd Uzreen mengakui m4rah pada mulanya dengan tndakan individu yang melakukannya.

“Mulanya memang m4rah tetapi akhirnya saya anggap ia sebagai hiburan saja untuk pengikut laman itu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "“Saya Trharu lkIan Itu Masih Diingati Sehingga Kini” – ‘Per4gut’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*