PKP Di Enam Negeri Selama Dua Minggu Bermula 13 Januari lni – PM

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah KawaIan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Perintah itu membab1tkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu PKP ke atas enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

“Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Manakala, ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam Perutusan Khas Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang disiarkan di stesen televisyen, hari ini.

Menurutnya, negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang beris1ko tinggi hasil penilaian ris1ko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.

Katanya, KKM akan membuat penilaian ris1ko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "PKP Di Enam Negeri Selama Dua Minggu Bermula 13 Januari lni – PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*