Pendakwah Ummi Tintin MninggaI Dunia Ketika Sedang Solat Tahajjud

Bandung : Telah berpulang ke rahmatullaah guruku, sahabatku, kakakku tercinta, Ummi Tintin Kartini (Staf Aman PaIestin-Indonesia), pada Jum’at 15012021 pukul 02.00 di RS AMC, Bandung, Jawa Barat.

Salam tkziah buat seluruh keluarga Allahyrhamah dan seluruh kakitangan Aman PaIestin Indonesia, Terima kasih atas jasa Allahyarhamah dalam perjvangan membebaskan PaIestin dan seluruh bumi Syam.

Semoga Allah menempatkan Allahyrhamah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, Ummi Tintin Kartini merupakan salah seorang kakitangan Aman PaIestin Indonesia yang terawal dilantik sejak penubuhan Aman PaIestin Cawangan Indonesia.

Allahyrhamah juga telah memberikan sumbangan besar dalam usaha membangunkan Aman PaIestin untuk terus bergerak sebagai NGO yang memberi manfaat terus kepada mereka yang memerlukan.

Semoga Allah mengurniakan rahmat dan berkat buat Allahyrhamah sepanjang usaha Allahyrhamah melakukan amal kebaikan.

Pagi ini menerima khabar sed1h atas kem4tian Ummi Tintin Kartini di tanahair tercintanya, Indonesia. Beliau membahasakan dirinya ‘Ummi’. Justeru, semua memanggilnya dengan panggilan ummi.

Saya sempat bersama dengan Ummi Tintin dan suaminya, Pak Ahmad Setiyaji ketika berkunjung ke kantor Aman PaIestin Indonesia di Bandung pada tahun 2017.

Berbual bersama mereka suami isteri sepanjang kunjungan saya ke sana menjadi bukti hidup mereka diabadikan untuk dakwah dan perjuangan agama ini sejak zaman muda sehinggalah ke saat ini.

Ummi Tintin dan Pak Ahmad memilih jalan perjvangan dalam dakwah ini bersama Partai Keadilan Sejahtera (PKS) dan Aman Palestin.

Khabar diterima, Ummi Tintin mninggaI dunia saat sedang tahajjud, Mulia sungguh jalan pergimu menuju Ilahi, ummi. Semoga bahagia di alam sana wahai mukahidah dakwah.

Ustaz Miftahuddin mohon sampaikan salam takziah ana buat Pak Ahmad. Moga beliau tabah menghadapi ujian ini.Al fatihah.

Be the first to comment on "Pendakwah Ummi Tintin MninggaI Dunia Ketika Sedang Solat Tahajjud"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*