Lelaki Mahu JuaI Proton Persona Demi Biaya Pembdahan Isteri, Sekali Mnteri Agama Tak Bagi JuaI

” Kereta ini sudah pasti banyak kegunaan dan terus digunakan, tidak perlu dijual,”

Itu kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Mnteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menerusi ciapan di Twitternya hari ini, Zulkifli berkata, beliau berkesempatan bertemu dengan Mohd Faizal Wahid, 40, di kediamannya di Klang bagi menyampaikan bntuan.

Zulkifli berkata, Kerajaan Persekutuan dan negeri sentiasa bekerjasama bagi membntu mereka yang memerlukan.

Katanya, beliau mengetahui mengenai hasrat Mohd Faizal untuk menjual Proton Personanya bagi menampung perbelanjaan rwatan isterinya di h0spital.

“Semalam saya terbaca dalam akhbar berkenaan seorang suami yang sanggup menjual kereta untuk menampung kos perubatan isterinya.

“Saya telah mengarahkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP melakukan tinjauan lewat petang semalam. Memandangkan beliau menetap di Klang, laporan telah dipanjangkan kepada pihak Lembaga Zakat Selangor untuk tindakan lanjut.

” Tahniah saya ucapkan kepada Baitulmal MAIWP dan LZS atas tindakan pantas.

” Hari ini saya ada kesempatan bertemu beliau untuk menyampaikan bntuan. Bersama saya, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat MAIWP dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP.

” Kereta beliau ini sudah pasti banyak kegunaannya. Terus gunakan dan tak perlu jual. Insya-Allah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama bagi membantu mereka yang memerlukan.” tulisnya di Faceb0ok.

Turut hadir pada penyampaian sumbangan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat MAIWP Ahmad Shukri Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP Zabidi Nasan.

Harian Metro semalam melaporkan, Mohd Faizal memuat naik hantaran melalui Faceb0oknya mahu menjual Proton Persona miliknya bagi menampung kos pembdahan isteri, Siti Hawa Alias, 39, yang mengh1dap b4rah di H0spital KPJ Selangor SpeciaIist MedicaI Centre, Shah Alam, Selangor.

” Saya memang tiada duit, isteri ada insuran perubatan tetapi tidak boleh digunakan kerana belum mencapai tempoh matang.

” Sesiapa yang nak membntu membeli kereta saya ini bolehlah PM saya. Hutang bank dah habis bayar, tahun 2011,” katanya menerusi hantaran di Faceb0ok miliknya.

Siti Hawa dijangka menjalani pembdahan pada Isnin ini dengan kos kira-kira RM22,000.

Setakat ini, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyvmbang RM10,000.

Zulkifli berkata, memandangkan Mohd Faizal tinggal di Klang, laporan itu sudah dipanjangkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk tindakan susulan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ibu pejabat MAIWP dan LZS atas tindakan pantas membantu keluarga berkenaan.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata memuji tndakan pantas diambil oleh Dr. Zulkifli dalam membantu Faizal.

” Alhamdulillah. Terbaik Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri . Kesian UEL. dah terlalu ramai yg mohon bantuan sampai tak mampu dia nak uruskan. Harap MAIWP dan JAIS dpt keluar dan sama2 bantu semua yg memerlukan.” tulis Izhar.

Sumber: Twitter Dr Zul, Harian Metro

Be the first to comment on "Lelaki Mahu JuaI Proton Persona Demi Biaya Pembdahan Isteri, Sekali Mnteri Agama Tak Bagi JuaI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*