Tiada Babak Sntuh Wanita, Syafi Tee Jaga Nama Baik Sebagai Anak Dr Ridhuan Tee

PeIakon baru, Syafi Tee tidak pernah menyembunyikan status diri sebagai anak kepada pendkwah terkenal iaitu Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah sejak mula menjinakkan diri dalam dunia seni.

Malah, pelakon berusia 28 tahun itu sangat beruntung kerana bapanya yang digelar ‘Papa’ itu memahami selok-belok dunia seni serta cabaran yang ditempuhi sebagai seorang peIakon.

“Papa tahu dunia penggambaran dan kerja seni. Papa juga selalu berada di depan kamera dan bekerja bersama kru.

“Papa sudah masak dengan dunia ini. Papa beri restu cuma saya kena menjaga nama baiknya dan keluarga,” katanya kepada pihak BH Online.

Dia yang mula digilap menerusi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) dua tahun lalu menanggap cabaran dan ujian merupakan asam garam dalam setiap bidang pekerjaan.

Menurut pemilik nama Mohd Syafi itu, dia menegaskan bahawa nasihat Papa dan keluarganya amat penting selain berharap agar dirinya terus istiqamah dengan prinsip yang dimiliki.

Antara pesanan diberi oleh bapanya yang juga ahli akademik adalah soal menjaga batas bukan mahram ketika berlakon.

“Saya letak piawaian sendiri iaitu tiada adegan bersentuhan. Kalau ada sekalipun mesti berlapik,” ujarnya lagi.

Tambah Syafi, bapanya sering mengingatkan dan menasihatinya supaya tidak melakukan perkara bukan-bukan sewaktu di set penggambaran.

Malah jika berasa tidak selesa dengan mana-mana babak Iakonan, dia akan berbincang dengan pengarah untuk mencari alternatif lain yang lebih sesuai.

Sejak dua tahun bergelar peIakon, Syafi membintangi beberapa drama terbitan TV3 seperti Ironi Kasih, Tuan Danial, So Kampung, Tragedi Balik Kampung dan terbaru, Hadiah Dari Tuhan.

Sumber: BH Online (Zaidi Mohamad), omm

Be the first to comment on "Tiada Babak Sntuh Wanita, Syafi Tee Jaga Nama Baik Sebagai Anak Dr Ridhuan Tee"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*