[VlDEO] Berani Perjvangkan HlJAB, Mia Sara Dipuji Matang Keluarkan Kenyataan

Sebelum ini, kita pernah mendengar pelakon kanak-kanak popular, Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan, 16 tahun pernah memaklumkan bahawa dirinya kurang mendapat tawaran berIakon disebabkan bertudung.

Jadi, menerusi program Analisis di TV Al-Hijrah, Mia telah menjelaskan situasi yang dihadapinya ketika mengambil keputusan untuk bertudung di usia muda dan masih mahu meneruskan kerjaya sebagai peIakon.

Keberanian perjvangkan hijab

Sehubungan dengan itu, moderator untuk program Analisis iaitu Finaz Yunus mengakui sendiri berasa kagum dengan pendirian remaja tersebut untuk tidak membuka tudung setelah memakainya sekitar lima tahun lalu.

Perkongsian Mia yang mended4hkan ada sesetengah produksi yang memintanya membuka tudung benar-benar meny1nggung perasaan kerana mereka sedia maklum dia sudah berhijab sejak dibangku sekolah rendah lagi.

Nampak lebih matang berbanding artis dewasa

Jawapan dan juga ulasan Mia Sara telah menarik perhatian warganet apabila memuji kelantangan dan keberanian peIakon itu dalam membidas sesetengah produksi memandangkan ramai lagi yang bernasib sama sepertinya.

Warganet turut kagum dengan kematangan seorang remaja berusia 16 tahun dalam mempertahankan hijabnya walaupun terpaksa melepaskan kerjaya yang menjadi periuk nasi sejak sedari dulu.

Beberapa wakil turut tampil bersuara

Program Analisis yang membincangkan topik ‘benarkah berlaku pen1ndasan terhadap artis bertudung?’ turut menampilkan 3 orang panel iaitu wakil dari Finas iaitu Zed Zaidi, pelakon senior, Fauziah Nawi serta Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah & Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya.

Masing-masing mengulas lsu tersebut dan mengakui bahawa hijab bukanlah halangan untuk berseni dan dalam penghayatan watak tiada kena mengena langsung dengan bertudung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANALISIS (@analisis.tvalhijrah)

Finas akan bantu suarakan nasib artis berhijab

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANALISIS (@analisis.tvalhijrah)

Sumber: Finaz Yunus, TV Alhijrah

Kredit: OMM

Be the first to comment on "[VlDEO] Berani Perjvangkan HlJAB, Mia Sara Dipuji Matang Keluarkan Kenyataan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*