[VlDEO] Syok Berfoto Selepas Nikah, Pengantin Baru Dan 17 Pengiring Diangkut Naik Trak PoIis

Sepasang pengantin yang baru selamat diijabkabulkan di Taman Nilam, Langkawi kelmarin dit4han pihak poIis kerana meIanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Menurut laporan Malaysia Gazette, 17 individu termasuk ‘bridesmaid’ turut dit4han setelah membuat sesi bergambar di kawasan sungai berhampiran yang telah meIanggar prosedur operasi standard (SOP).

Video berdurasi 23 saat yang memaparkan pasangan pengantin dan pengiringnya menaiki lori poIis telah tuIar di media sosial.

Ketua PoIis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari mengesahkan semua individu terbabit dit4han oleh sepasukan poIis yang kebetulan sedang melakukan rondaan di lokasi berkenaan.

“Secara keseluruhan seramai 19 individu berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun dit4han sebelum dibawa ke balai poIis.”

“Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin itu dit4han kerana ingk4r peraturan yang dikuat kuasakan ketika PKP,” jelasnya.

Selain itu, Shariman juga berkata mereka telah dibebaskan pada hari kejad1an selepas membayar jumlah kompaun yang ditetapkan.

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik) & Twitter NorHadey, OMM

Be the first to comment on "[VlDEO] Syok Berfoto Selepas Nikah, Pengantin Baru Dan 17 Pengiring Diangkut Naik Trak PoIis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*