“Best Tengok Orang Lain Duduk Rumah” – Gadis Cari Rezeki Berpanas JuaI Air Kelapa

Kegigihan dan kesusahan dalam mencari wang demi kelangsungan hidup pasti akan dirasai oleh segelintir insan tidak kira usia mahupun jantina.

Baru-baru ini, tuIar video di aplikasi TikT0k mengenai perk0ngsian seorang gadis bernama Shaza yang memaparkan dirinya gigih mencari rezeki dalam keadaan cuaca panas terik.

Demi sesuap nasi walaupun panas

Menerusi video berdurasi 20 saat itu, gadis tersebut sedang menjuaI air kelapa di sebuah pinggir jalan yang terletak di Alor Setar, Kedah.

Meskipun bergelar seorang wanita, ia tidak menghalang Shaza untuk melakukan kerja yang sinonim dengan kaum adam iaitu membelah buah kelapa.

Dia juga membuat Iuahan perasaan dan mengakui agak cemburu melihat orang lain yang tdak perlu bekerja di tengah panas seperti dirinya.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak dijadikan alasan untuk harus berputus asa dan tetap terus tersenyum.

“Seronoknya tengok orang lain duduk rumah mesti sejuk kan? Demi sesuap nasi aku sanggup kerja walaupun panas,” tulisnya.

Perk0ngsian sbak daripada Shaza itu dibanjiri komen daripada warganet yang memuji kerajinan dan kekuatan dimilikinya selain turut mendoakan agar dikurniakan rezeki yang berpanjangan.

Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Percayalah jika sekarang Allah memberi hujan, pasti nanti akan diganti dengan pelangi indah. Amin!

Sumber: TikT0k @szrise, OMM

Be the first to comment on "“Best Tengok Orang Lain Duduk Rumah” – Gadis Cari Rezeki Berpanas JuaI Air Kelapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*