Dah Tak Nampak Pakai Emas, MK K-Clique Keluar Tuntut Ilmu Ikut Jemaah

Tampil dengan gaya ala-ala ‘b4d boy’, penyanyi rap dari kumpulan K-Clique iaitu MK sering mengundang kec4man netizen apatah lagi mengakui gemar memakai aksesori seperti rantai dan gelang emas.

Namun kali ini bukanlah soal kec4man, sebaliknya pujian terhadap penyanyi berusia 29 tahun itu apabila dipercayai keluar berdakwah selama tiga hari di Bandar Jerantut, Pahang.

Seorang pengguna laman Faceb0ok, Farith Zul berk0ngsi mengenai perkara itu dengan memuat naik dua keping gambar MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bersama pendakwah, Maulana Helmi.

MK pun keluar 3 hari

“Pengalaman jemaah-jemaah yang keluar dakwah di Sabah memang selalu beri laporan ramai pemuda walaupun zahirnya nampak “rock&blues” namun hati mereka lembut dan mudah tersentuh dengan dakwah.

“Allah sayang… Bila mana satu orang mula datang kepada agama, bertemu orang-orang soleh itu tandanya ada perkara baik yang Allah SWT inginkan untuk dirinya.

“Pandanglah walau satu kebaikan pun yang ada pada orang lain walaupun dalam dirinya ada 1000 keburukan,” tulisnya.

Menerusi sebuah video di aplikasi TikT0k pula, seorang wanita berk0ngsi video memaparkan suaminya turut bertemu dengan penyanyi berasal dari Sabah itu dalam menuntut ilmu Allah SWT.

Jangan menilai luaran manusia

“Suami siap dapat sebilik dengan mereka. Paling best suami bagitau, mereka tak sombong langsung. Alhamdulillah hati itu milik Allah,” coretnya dalam video berdurasi 16 saat tersebut.

Turut kelihatan menyertai jemaah tabligh berkenaan adalah pelakon Mas Khan, Azuan Mazlan dan ahli perniagaan Ron Kamisan.

Doakan MK untuk perbaiki diri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saad bin Abi Waqas (@azuanmazlan7)

Menerusi pemerhatian posting-posting yang dik0ngsi, MK tidak menggayakan sebarang aksesori emas seperti yang sering dipakai sebelum ini. Moga terus istiqamah!

Kredit: OMM

Be the first to comment on "Dah Tak Nampak Pakai Emas, MK K-Clique Keluar Tuntut Ilmu Ikut Jemaah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*