[VlDEO] Setahun Ditutup Kerana C0VlD-19, Pintu Kaabah Dibuka Untuk PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi peluang bagi memasuki ke dalam Kaabah di Masjidil Hram, Makkah ketika menunaikan ibadah umrah pada malam tadi waktu tempatan.

Memetik laporan Astro Awani, ia sekali gus menjadikan beliau ketua pertama negara memasuki Kaabah selepas lebih setahun ditutup disebabkan pndemik C0VlD-19.

Video beliau yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu kehormat turut dik0ngsi di laman Faceb0ok Haramain Sharifain.

Detik pembukaan pintu Kaabah

Selain itu, Muhyiddin dan isteri juga berpeluang mengucup Hajar Aswad dimana antara yang menjadi tumpuan para jemaah sehingga bersesak-sesak setiap kali menunaikan ibadah haji dan umrah.

Antara koleksi gambar rombongan

Terdahulu, Ahli Parlimen Pagoh itu dan isteri tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang Sabtu waktu tempatan (10.31 malam di Malaysia) untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Malah, lawatan itu adalah bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga penjaga dua masjid suci.

Sumber: Twitter @NajibAroffAWANI , Faceb0ok Haramain Sharifain , Faceb0ok Bernama TV

Kredit: OMM

Be the first to comment on "[VlDEO] Setahun Ditutup Kerana C0VlD-19, Pintu Kaabah Dibuka Untuk PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*