Saharul Ridzwan RUGl RM30K, Stok JuaIan BeruIat Sebab Tak Iaku

Aktor berbadan sasa, Saharul Ridzwan mengakui pernah mengalami kerug1an puluhan ribu ringgit selepas perniagaannya tidak mendapat sambutan selain kurang ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut.

Menurut laporan mStar Online, pemilik nama Mohd Saharul Ridzwan Hashim itu pernah membuat bisnes seperti serunding, minyak wangi dan skrub muka tetapi tidak berjaya sekali gus ‘hngus’ duit simpanan keluarga.

“Contohnya perniagaan serunding masa bulan puasa, saya rvgi hampir RM30,000 kerana stok tak terjuaI sampai beruIat sedangkan banyak modal dikeluarkan.

“Mungkin kerana kurang ilmu.. acah-acah buat serunding terbaik di dunia tapi tanpa ilmu dan bimbingan, baru sedar tak boleh guna populariti semata-mata,” katanya.

Malah walaupun bergelar peIakon, aktor drama Cinta Sekali Lagi itu sedar ia bukan tiket untuk meraih pendapatan dan berjaya dalam perniagaan dengan mudah.

Ini kerana ilmu dan bimbingan diperlukan bagi melariskan sesuatu jenama atau produk selain perlu bergaul dengan usahawan berjaya dengan bertukar pendapat masing-masing.

“Idola saya dalam perniagaan ini ialah Shuib, awal-awal dahulu saya selalu bertanya dan dapatkan nasihatnya,” ujar Saharul.

Sekadar makluman, Saharul berkahwin dengan Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.

Sumber: mStar Online (Qarami Hashim), omm

Be the first to comment on "Saharul Ridzwan RUGl RM30K, Stok JuaIan BeruIat Sebab Tak Iaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*