Selamat Pulang Sahabat, Setakat Ini Kami Mampu ToIong Kamu

Kota Kinabalu : Hasil usaha 12 peniaga bundle membuat jualan berjaya mengumpul RM76,430 untuk menampung kos membawa pulang jen4zah seorang rakan mereka yang berasal dari Sabah yang meninggaI dunia di Korea Selatan semasa berkerja disana kembali ke Malaysia.

Idarmi Abd Kadil, 40, rakyat Sabah yang menetap di Korea berkata, dana terbabit adalah hasil dana jualan amal secara langsung di Faceb0ok bersama-sama smbangan orang ramai.

Jumlah wang berjaya kami kumpulkan ini melebihi dari jumlah yang kami sasarkan sebelum ini iaitu sebanyak RM50,000 bagi menguruskan penghantaran jnazah arwh Muhammad Khairul Anas Abd Gapal ke tanah kelahirannya di Sabah, Malaysia.

Salah seorang rakan kami juga memaklumkan jumlah dana terkumpul itu di Faceb0ok di samping mengumumkan kami sudah menghentikan kutipan smbangan kerana jumlah dikumpul sudah mencukupi, katanya ketika dihubungi, semalam.

Idarmi berkata, semua kos pengurusan penghantaran jn4zah arwah Muhammad Khairul Anas juga sudah diuruskan.

Ia termasuk membayar kos kenderaan membawa jen4zah, kos menyimpan jen4zah di bilik mayat h0spital di selama enam hari, kos menyimpan jen4zah di bilik myat dimiliki ejen pengurusan myat dan juga kos penerbangan.

Selain itu, jen4zah arwh juga sudah dimandikan, dik4fankan dan solat jen4zah untuk arwh juga telah disempurnakan di Masjid Itaewon, Seoul.

Jen4zah Anas akan dibawa pulang dengan pesawat MH067 yang dijadual berlepas dari Incheon ke Kuala Lumpur, pada 11.05 pagi esok (waktu tempatan Korea).

Kemudian dari Kuala Lumpur, jnazah dijadual akan dihantar ke Kota Kinabalu pada 10 Mac jam 6.10 pagi dan dijangka akan tiba ke Sabah pada jam 8.45 pagi menerusi pesawat MH6102,katanya.

Dalam pada itu, Idarmi turut memaklumkan dia juga dihubungi Pengerusi Amanah Hawi Alkhairat (HAK) Sabah, Syed Husin Habib Omar di mana pihaknya akan menanggung sepenuhnya kos pengurusan jnazah dari Kota Kinabalu ke Tawau menerusi jalan darat di samping akan turut serta dalam pengurusan jen4zah arwh Muhammad Khairul Anas di sana.

Terdahulu, media melaporkan kisah Idarmi dan 12 peniaga bundle di Korea yang bersatu hati mengumpul dana bagi pengurusan dan penghantaran jen4zah Muhammad Khairul Anas kembali ke Tawau. Al fatihah.

MT

Be the first to comment on "Selamat Pulang Sahabat, Setakat Ini Kami Mampu ToIong Kamu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*