[VlDEO] Budak 12 Tahun Jadi Ketua Keluarga, Jaga Bapa TerIantar & Ibu BersaIin

Bagi memastikan tiga beradik dan ibu bapanya tdak terabai, seorang kanak-kanak lelaki Nik Nur Muhammad Akid Najwan kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga walaupun baru berusia 12 tahun.

Menerusi laporan Sinar Harian, anak sulung itu menjaga bapanya Nik Rizuan Nik Par yang terIantar sak1t, manakala si ibu Zaleha Manaf pula sedang berpntang selepas bersaIin hampir tiga minggu lalu.

Ketika budak seusianya sibuk bermain, dia tidak mengeluh sebaliknya sanggup tidur di sebelah katil bapa yang terIantar sak1t akibat jngkitan kvman pada paru-paru sejak Ogos lalu.

Zaleha berkata, Nik Nur Muhammad tidak kekok menguruskan seperti memberikan susu dan membersihkan bapanya selain menjaga adik-adik iaitu Nik Nur Aina Najma, 10, Nik Muhammad Bakri, 5, Nik Nur Basyirah, 19 hari.

Menurut wanita berusia 36 tahun itu lagi, mereka sekeluarga mengalami nasib tersebut selepas suaminya hilang pekerjaan pada awal tahun lalu sebelum pulang ke Kelantan bagi meneruskan kehidupan.

“Sepanjang tujuh bulan suami terIantar, kami hanya bergantung kepada sdekah daripada sanak saudara untuk meneruskan hidup kerana ketika itu saya sarat mengndung, sukar untuk mencari kerja,” katanya.

Bagi individu yang ingin menghulurkan smbangan, boleh berbuat demikian melalui nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1199 5411 00 3236 27 atas nama Zaleha Manaf.

VlDEO:

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin), omm

Be the first to comment on "[VlDEO] Budak 12 Tahun Jadi Ketua Keluarga, Jaga Bapa TerIantar & Ibu BersaIin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*