[VlDEO] Suami Asyik Elak Jadi Imam Sebab Tak Tahu Baca Doa, Isteri Tetap Bagi Semangat

Sesebuah rumah tangga menjadi lebih harmoni sekiranya tidak memandang rendah terhadap kemampuan pasangan, sebaliknya perlu saling memberi semangat antara satu sama lain.

Baru-baru ini, seorang wanita berk0ngsi rasa terh4ru apabila dapat menunaikan solat jemaah bersama suaminya di sebuah kafe yang diusahakan oleh mereka berdua.

Menerusi perk0ngsian di platform TikT0k, video dimuat naik oleh Najihah Mat Zin itu memaparkan suaminya Hasnur Noh sedang memeriksa telefon bimbit untuk membacakan doa selepas mereka selesai berjemaah.

“Aku kalau nampak dia buka kasut, kalut aku pun pergi ambil wuduk nak jemaah sekali. Biasa kami berdua jumpa kat rumah masa malam je,” tulisnya.

Bercerita lanjut, sebelum ini suaminya itu gemar mengelakkan diri untuk menjadi imam dan solat berjemaah atas alasan tidak tahu membaca doa-doa tertentu bagi menyempurnakan ibadah tersebut.

Bagaimanapun, wanita yang menetap di Parit Buntar, Perak itu tidak memandang rendah terhadap pengetahuan dimiliki suami sebaliknya terus memberikan semangat serta kata-kata motivasi dalam menuntut ilmu agama.

“Abang doa la dalam bahasa Melayu, mudah & faham…”

Siapa sangka, kini suaminya itu tidak lagi segan silu bagi menjadi imam selepas mengambil masa dengan mempelajari dan menghafal pelbagai doa untuk menjayakan solat berjemaah.

“Rupanya dalam diam dia belajar dan hafal doa. Alhamdulillah, sekarang dia dah selalu jadi imam aku. Bukan aku je, siapa yang datang sebelah dia. Dia tak maIu dah untuk jadi imam,” katanya.

Rakaman video tersebut meraih 152,600 tontonan serta 14,800 tanda suka selain ratusan k0men warganet yang bersyukur melihat perubahan suaminya dalam usaha menjadi ‘imam’ terbaik dalam keluarga.

VlDEO:

Sumber: TikTok @najihahmatzin via OMM

Be the first to comment on "[VlDEO] Suami Asyik Elak Jadi Imam Sebab Tak Tahu Baca Doa, Isteri Tetap Bagi Semangat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*