Dijemput lIahi Ketika Berpuasa, Imam Surau Tak Sempat Habiskan Puasa Enam

KUALA TERENGGANU – Anak kepada imam Surau Al- Hikmah di Kampung Padang Midin yang mninggaI dunia ak1bat kemaIangan di bulatan berhampiran Puspakom, Chendering di sini pada Isnin tidak menyangka bapanya tidak sempat berbuka puasa.

Menurut Mohamad Aris Irsyaduddin Zainuddin, 28, bapanya, Zainuddin Mohd Amin, 52, berpuasa enam hari ketiga dan arwh sentiasa ceria menjalani ibadah itu.

“Ayah mninggaI dunia ketika sedang berpuasa, semoga amalnya diterima dan r0hnya tenang di sana,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Katanya, pada Hari Raya Aidilfitri, keadaan bapanya seperti biasa tetapi ada menyatakan hasrat untuk menunaikan puasa enam bulan Syawal.

“Tak sangka ayah tak sempat berbuka hari ini. Dia pergi dalam keadaan berpuasa. Semoga segala amal kebaikan ayah diterima ALLAH SWT,” katanya.

Zainuddin mninggaI dunia dalam kemalangan kira-kira jam 7 pagi di bulatan berhampiran Puspakom, Chendering pada Isnin ketika dalam perjalanan untuk berurusan di Puspakom.

Katanya, dia mendapat tahu bapanya dit1mpa kemaIangan selepas dimaklumkan jemaah surau yang datang ke rumah sekitar jam 8 pagi.

“Saya seolah-olah sedang bermimpi ketika jemaah surau datang ke rumah memberitahu kejadian itu.

Sumber: SH

Be the first to comment on "Dijemput lIahi Ketika Berpuasa, Imam Surau Tak Sempat Habiskan Puasa Enam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*