Saya Dah Dilamar, InsyaAllah Saya Akan Berkahwin – Datuk Nora

Kuala Lumpur: Selepas dikaitkan berkahwin dengan ahli poIitik, penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 48, akhirnya mended4hkan dia sudah pun dilamar seseorang untuk menjadi teman hidup.

Menerusi temubualnya bersama portal Astro Awani X Gempak, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu mengakui menerima lamaran pernikahan berkenaan daripada individu lain.

Berk0ngsi kisah lamaran itu, Nora berkata lelaki yang sudah melamar dirinya bukanlah tergolong dalam kalangan personaIiti terkenal.

“Selepas di fikir dengan teliti, rasanya sudah sampai masa untuk  saya membuat pengumuman  bahawa memang ada menerima lamaran daripada seseorang.

“Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berk0ngsi mengenai hari bahagia itu dengan anda semua tidak lama lagi,” katanya.

Nora yang juga baIu komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi sebelum ini pernah tampil menepis dkwaan dirinya dikata sudah bernikah dengan Ahli ParIimen Ketereh yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa di Selatan Thailand.

Ia berikutan tuIar di media sosial mengenai sekeping salinan sijil pernikahan yang didkwa milik mereka.

“Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak pernah bernikah, dan saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh membuat tduhan sebegini.

“Sudah banyak kali saya menafikannya (bernikah), termasuk di pihak Tan Sri juga, namun masih ada yang  tdak mempercayainya. Justeru, saya fikir sudah sampai masa untuk mengumumkan bahawa saya memang ada menerima lamaran pernikahan dan kini dalam perancangan ke arah majlis itu,” katanya.

Ujar Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, dia kini sudah bersedia untuk berkahwin baharu selepas berfikir semasak-masaknya dan paling penting, hubungan itu direstui anak-anaknya.

“Anak-anak pun ada beritahu, yang mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka, hanya mahu melihat saya gembira,” katanya.

Katanya, ditambah lagi keluarganya serta sebelah mentua juga sering mengingatkan agar dia sedia mempertimbangkan lamaran serius lelaki yang mahu memperisterikannya.

“Allahyrham ibu mentua saya juga pernah berpesan, jika ada lelaki yang melamar, cubalah menerimanya. Alhamduliillah, berkat restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya kini sudah bersedia menerima lamaran itu,” jelasnya.

Terdahulu, Nora berkahwin dengan Allahyrham Johan pada 1992. Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Namun, Johan mninggaI dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun kerana ser4ngan jntung. Malah, pada 13 Disember 2019 pula Nora diduga dengan kemat1an anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Saya Dah Dilamar, InsyaAllah Saya Akan Berkahwin – Datuk Nora"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*