[VlDEO] Kelibat Lebai Kenit Berjubah Putih Berdiri Depan Masjid Terakam Pengguna Jalanraya

BALIK PULAU – Satu rakaman video yang memaparkan kelibat Iembaga kecil seperti kanak2 memakai jubah dan serban serba putih di hadapan Masjid Kongsi di sini tuIar di media sosiaI sejak semalam.

Video berdurasi 18 saat itu dirakam kamera papan pemuka seorang pengguna jalan raya pada pukul 11.55 malam, Jumaat lalu.

Menerusi video itu, kelihatan objek menyerupai manusia kenit yang lengkap berjubah putih berada di tepi jalan.

Lokasi berkenaan merupakan kawasan perkampungan penduduk dan terletak berhampiran Pekan Kongsi di sini.

Rata-rata netizen mempersoaIkan sama ada ‘lebai kenit’ adalah manusia, namun tidak mempunyai kaki dan tangan.

Kehadiran Lebai Kenit itu di kawasan tersebut dipercayai bukan kali pertama kerana ada pengguna jalan raya mendkwa pernah terserempak dengannya beberapa kali di kawasan sama.

Seorang pengguna media sosiaI mengesahkan perkara itu dan memberitahu, Lebai Kenit sememangnya wujud, namun tdak mengganggu penduduk dan pengguna jalan raya.

Sementara itu, seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Shahril, 32, mendakwa, kelibat itu merupakan seorang kanak2 yang bermain di tepi jalan bersama dua lagi rakannya.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara ini oleh seorang kariah masjid selepas video (kehadiran Lebai Kenit) tuIar di media sosiaI.

“Kariah lelaki itu memaklumkan kumpulan kanak2 tersebut bermain pada waktu kejadian (video dirakam) kerana tiada kenderaan melalui kawasan berkenaan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Shahril memberitahu, kumpulan kanak-kanak itu dikatakan memilih bermain pada waktu malam kerana laluan tersebut lengang. -K! ONLINE.

Be the first to comment on "[VlDEO] Kelibat Lebai Kenit Berjubah Putih Berdiri Depan Masjid Terakam Pengguna Jalanraya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*