[VlDEO] Feeling Macho Beri Nasihat Cinta, Remaja Lelaki Dikr1tik Guna Ayat Sukar Difahami

Buka saja media sosiaI, sudah pasti golongan remaja kerap mendominasi medium tersebut. Mereka lebih suka meluah perasaan di ruangan berkenaan kerana ramai yang senasib dengan mereka terutamanya berkenaan hubungan percintaan.

Tolak tepi sekejap isu2 ‘berat’ masyarakat, masalah yang dialami remaja yang baru mengenal cinta tak kurang hebatnya.

Nasihat cinta buat semua

Jadi, sebagai ‘hero gadis-gadis’, pesanan dan nasihat daripada seorang pengguna TikT0k dikenali sebagai @abangeshalsingle4783 telah tuIar di media sosial terutamanya di Twitter.

Apa yang membuatkan ramai pening kepala adalah mesej yang diberikan kepada lelaki dan perempuan berhubung mengapa wanita suka melabel seorang lelaki sebagai ‘buaya’.

Nak cakap apa sebenarnya ni?

Namun apa yang ingin disampaikan sukar untuk faham sehingga ada yang bertanya tentang persamaan apa yang ingin diperkatakan sebenarnya.

Akhirnya, pemilik akaun Twitter dikenali sebagai @nurdayana_arif dapat juga memahami maksud disebalik kata-kata ‘falsafah’ dikeluarkan remaja lelaki tersebut.

‘Kerungsingan’ yang dihadapai oleh @nurdayana_arif itu rupanya tidak berlaku pada dirinya sahaja. Ramai yang telah meninggalkan k0men diruangan Twitternya dengan merasai hal sama.

Mereka akui tidak memahami apa yang ingin disampaikan memandangkan video ‘nasihat’ tersebut tidak bergitu smooth dan terdengar sangat aneh.

Walau bagaimanapun video berkenaan telah ditonton lebih daripada setengah juta di Twitter kerana ramai yang ingin memahami apa sebenarnya diperkatakan remaja tersebut.

Tak kurang juga yang berasa terhibur dengan kerenah anak muda masa kini yang gigih membuat ayat-ayat berbunga untuk memberi nasihat berkenaan alam percintaan di media sosiaI.

Sumber: Twitter: @nurdayana_arif, omn

Be the first to comment on "[VlDEO] Feeling Macho Beri Nasihat Cinta, Remaja Lelaki Dikr1tik Guna Ayat Sukar Difahami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*