Bapa Kerja Kg Mak Kerja Kilang, Pelajar Cemerlang STPM Semak Result Lepas Habis Kerja Di Gerai

SEORANG pekerja gerai minuman dan Nasi Ayam Gunting di Jawi, Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang, tidak menyangka memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.92, dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020.

Video gadis itu membuat semakan keputusan bersama ibu bapanya menjadi tular di media sosiaI, termasuk dikongsi di akaun Instagram PenangKini.

Gadis dari Sungai Bakap itu, Nor Hasliza Idayanti Salehin berkata, dia sedang sibuk bekerja di sebuah gerai tepi jalan berdekatan ketika keputusan STPM 2020 diumumkan.

“Saya baru kerja di gerai ni dua minggu, masa keputusan keluar tak sempat nak check. Lagipun memang dah rancang nak tengok keputusan bersama keluarga selepas kerja.

“Bila balik, baru saya check bersama mak ayah di rumah pukul 8 malam. Saya macam tak percaya, sebab tak sangka dapat keputusan tu, syukur Alhamdulillah,” katanya sambil menambah dia memperoleh keputusan 3A dan 1A-.

Lebih mesra disapa Ija, dia mengakui gementar dan tidak sabar untuk pulang ke rumah pada hari itu apatah lagi melihat rakan-rakan lain gembira dengan keputusan masing-masing.

“Mak ayah selalu cakap pagi-pagi sebelum pergi sekolah belajar elok-elok. Kalau exam pagi-pagi saya akan minta mak ayah doakan agar saya dipermudahkan urusan.

“Doa mak ayah tiada hijab. Sepanjang exam, saya tenang menjawab soalan-soalan, Alhamdulillah,” katanya yang merupakan pelajar terbaik STPM 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap.

Di sebalik kecemerlangan anak bongsu daripada tiga beradik itu, dia dibesarkan dalam keluarga yang sederhana di mana bapanya mencari rezeki dengan melakukan kerja-kerja kampung dengan pendapatan tdak menentu, manakala ibunya hanya sebagai operator kilang.

“Ayah berusia 56 tahun buat kerja-kerja kampung, kalau tak ayah jadi buruh. Ayah kadang-kadang kerja dan tak menentu, kalau ada orang panggil ada la kerja.

“Mak pula berusia 52 tahun kerja kilang. Tapi sekarang kilang tutup sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan tngan mak p4tah akibat kemaIangan baru-baru ini.

“Saya dari keluarga yang sederhana. Tak senang tapi tidaklah susah sangat. Saya lihat waktu PKP ni, lebih ramai yang terkesan dan susah.

“Alhamdulillah keluarga saya dalam keadaan baik. Boleh kata sederhana hidup kami tapi saya sangat bersyukur, semuanya cukup,” katanya sambil menambah keluarganya turut dibntu oleh abang dan kakaknya, masing-masing bekerja sebagai guru dan peniaga dalam talian.

Ija berkata, dugaan yang paling tidak dapat dilupakannya apabila mengikuti pengajian ketika PKP yang menyukarkannya untuk melakukan kerja khusus secara dalam talian.

Dia yang menyewa rumah bersama keluarga memberitahu, setiap individu mempunyai kunci kejayaan dan tip belajar masing-masing.

Belajar rajin-rajin dapat membanggakan mak ayah adalah satu kepuasan. Saya bersyukur keluarga sentiasa menyokong dan dikelilingi rakan yang banyak membantu serta mendapat didikan daripada cikgu-cikgu yang hebat. IJA

“Kunci saya sendiri adalah membuat akronim waktu nak menghafal. Setiap orang berbeza-beza. Jadi nasihat saya buat mereka yang menghadapi exam tu kena mula cari ‘kunci’ masing-masing.

“Setiap kali waktu belajar, saya selalu terbayangkan mak dan ayah, saya tanam impian nak gembirakan mereka dengan keputusan yang baik. Fokus ketika cikgu mengajar pun salah satu faktor nak senang faham,” katanya yang suka membaca novel.

Mengimbas kembali detik menyemak keputusan seperti dalam video yang tuIar, kata Ija, dia berasa bahagia apabila melihat kegembiraan yang dirasai oleh kedua ibu bapanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by penangkini (@penangkini)

“Belajar rajin-rajin dapat membanggakan mak ayah adalah satu kepuasan. Saya bersyukur keluarga sentiasa menyokong dan dikelilingi rakan-rakan yang banyak membantu serta mendapat didikan daripada cikgu-cikgu yang hebat.

“Saya nak sambung belajar di universiti. Cita-cita nak jadi cikgu. Jurusan tu kalau ada rezeki nak ambil berkaitan bimbingan dan kaunseling atau bahasa Melayu,” katanya.

Sumber: mstar

Be the first to comment on "Bapa Kerja Kg Mak Kerja Kilang, Pelajar Cemerlang STPM Semak Result Lepas Habis Kerja Di Gerai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*