[VlDEO] Mahu Susah Senang Bersama, Isteri Ikut Suami Bantu Hantar Barang Pos Laju

Ketika menjalin hbungan cinta, pelbagai perkara dijanji antara dua insan dimana alam perkahwinan menjadi penentu sama ada mereka berpegang atau memungk1ri janji masing-masing.

Bagi seorang wanita yang dikenali sebagai Kieda, dia bersyukur apabila masih berpegang kepada janji untuk susah senang dalam menjalani kehidupan bersama suaminya Hilmi Zaki.

Menerusi platform TikT0k, wanita berusia 24 tahun itu memuat naik sebuah video yang teruja dapat meringankan beban suaminya yang berkhidmat sebagai pekerja kurier van PosLaju.

Video berdurasi 52 saat tersebut memaparkan ibu kepada dua cahaya mata itu membantu mengangkat kotak barangan masuk ke dalam van sebelum menghantar parcel dari rumah ke rumah pelanggan.

“Jangan maIu dengan apa pun pekerjaan suamimu. Tapi ringankanlah beban mereka, bantu apa yang kita mampu sebagai isteri.

“Tunaikanlah janji kita macam awal perkahwinan dahulu, sanggup susah senang bersama. Ya Allah murahkanlah rezeki suamiku,” tulis Kieda.

Menerusi p0sting berbeza, dia yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga turut berkongsi sebuah lagi video kompilasi foto sepanjang menemani suaminya memikul tanggungjawab.

“Jangan maIu bila pasangan susah, jika dia berusaha bersamamu untuk senang. Namun maIulah kalau pasangan senang dengan usahanya, tapi kau cuma menumpang senang,” katanya.

Meninjau ke ruangan k0men, ramai kagum dengan semangat Kieda dalam menyokong suaminya yang mencari rezeki untuk keluarga tersayang.

Malah, ada juga segelintir netizen menganggap tidak perlu maIu dengan pekerjaan tersebut kerana sekurang-kurangnya masih mempunyai pendapatan ketika pndemik C0VlD-19 ini.

Macam ni baru la pasangan sejati! Saling membantu & melengkapi, bukannya pentingkan diri. Moga kedua-duanya kekal bahagia dan dimurahkan rezeki.

Sumber: TikT0k @kiedamy_, OMM

Be the first to comment on "[VlDEO] Mahu Susah Senang Bersama, Isteri Ikut Suami Bantu Hantar Barang Pos Laju"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*