Tersangkut Dalam Tndas Stesen Minyak Petronas, Lelaki lni Guna ApIikasi Setel Sebagai PenyeIamat

Mulai diperkenalkan Petronas pada tahun 2018 dalam memudahkan pengguna untuk membuat bayaran pembelian minyak secara dalam talian, nampaknya aplikasi Setel semakin mendapat perhatian pengguna menerusi fungsi-fungsi tambahan yang tersedia.

Dalam pada itu, aplikasi Setel berjaya menjadi buah mulut netizen menerusi perk0ngsian Twitter @IniAlannn selepas berjaya menjadi ‘penyeIamat’ buat seorang individu yang tersangkut dalam biUik air selepas mendapati stesen minyak tersebut tidak mempunyai bekalan air.

Sering disangka ramai aplikasi berkenaan sekadar mampu digunakan untuk membuat pembelian minyak, siapa sangka aplikasi tersebut turut mempunyai servis khidmat pelanggan yang responsif.

Difahamkan situasi ini berlaku di Petronas Silk Highway Arah Puchong di mana pengguna aplikasi Setel ini telah memaklumkan kepada bahagian khidmat pelanggan untuk memberinya air botol 1.5 liter dan dihantarkan kepada beliau.

Gaya selamba beliau yang turut memaklumkan untuk segera menghantarkan air kerana sudah mengalami lenguh pada bahagian kaki telah membuatkan netizen terhibur. Berikut merupakan respon netizen mengenai situasi yang berlaku.

Meskipun situasi ini berjaya menjadi bahan tawa buat orang ramai, isu ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai ramai sedar dengan fungsi yang tersedia pada aplikasi yang eksklusif buat pengguna stesen minyak Petronas ini. Sekiranya anda mengalami lsu yang sama, mungkin cara ini antara yang boleh dilakukan di stesen minyak Petronas.

Sumber: Vocket

Be the first to comment on "Tersangkut Dalam Tndas Stesen Minyak Petronas, Lelaki lni Guna ApIikasi Setel Sebagai PenyeIamat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*