[VlDEO] Azizulhasni Sujud Syukur, Dapat Berita lsteri HamiI Anak Ketiga

Jaguh trek Datuk Azizulhasni Awang, hari ini telah membawa khabar gembira kepada rakyat Malaysia apabila berjaya menghadiahkan perak untuk negara dalam acara keirin lelaki di Kejohanan Olimpik Tokyo 2020.

Azizulhasni dalam satu sesi temubual bersama Astro Arena tak dapat membendung air mata ketika menceritakan dugaan dan tekanan yang dihadapinya sepanjang saingan Olimpik Tokyo 2020 ini.

Kata Azizulhasni kepada Astro Arena, sukar untuk beliau meninggaIkan isteri bersama anak-anaknya di Melbourne, Australia. Tambah sebak lagi, Azizulhasni menerima khabar bahawa bapa tercinta di tanah air sedang bergeIut dengan peny4kit mild str0ke.

Dalam momen penuh em0si tadi, satu khabar tak terduga ‘dihadiahkan’ kepada Azizulhasni apabila isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat kini sedang meng4ndung anak ketiga mereka.

Azizulhasni terus sujud syukur apabila mendengar berita gembira yang disampaikan oleh wartawan, Bazly Azmi selepas acara penyampaian pingat sebentar tadi.

Tahniah Pocket Rocketman!

Sumber: SK

Be the first to comment on "[VlDEO] Azizulhasni Sujud Syukur, Dapat Berita lsteri HamiI Anak Ketiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*