OKSlGEN Siti Sarah Kini TinggaI Hanya 40 Peratus – Shuib

Kuala Lumpur: “Saya baru dimaklumkan oleh doktor yang keadaan Sarah tdak okey,” kata pelawak Shuib mengenai keadaan terkini isterinya, Siti Sarah yang berada di unit rwatan rapi (lCU), H0spital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini.

Shuib berkata, tahap oks1gen Siti Sarah kini menurun kepada 40 peratus.

“Sebelum saya masuk sesi siaran langsung ini, d0ktor baru saja menghubungi saya memaklumkan keadaan Sarah sangat tdak baik.

“Dia punya oks1gen tinggal 40 peratus. D0ktor sedang berusaha sebaik mungkin,” katanya ketika sesi siaran langsung bacaan Yasin dan doa untuk penyanyi itu.

Shuib dilihat gagal menahan air mata daripada terus mengalir dan meminta agar majlis bacaan Yassin dimulakan dengan segera supaya dapat mendoakan isteri tercintanya.

Bacaan Yassin dan doa itu diketuai oleh Uztaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Lebih 900 orang menyertai bacaan Yassin berkenaan yang sedang berlangsung secara maya ketika ini.

Semalam, Shuib memberitahu keadaan Siti Sarah yang ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru2 boleh bekerjasama.

Katanya, sama-sama kita doakan semoga Siti Sarah berada dalam keadaan normal dan diberikan kesembuhan secepat mungkin.

Sumber: HM

Be the first to comment on "OKSlGEN Siti Sarah Kini TinggaI Hanya 40 Peratus – Shuib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*