“Saya Lega Dan Bersyukur, Anak2 Faham lbu Mereka Sudah Tiada”- Shuib

Kuala Lumpur: Selain pemerg1an isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin hari ini, ujian yang turut dihadapi Shuib, 38, ialah bagaimana hendak menjelaskan kepada tiga anaknya bahawa ibu mereka sudah mninggaI dunia.

Selepas Siti Sarah menghmbuskan nfas terakhir jam 5.13 pagi hinggalah selesai pengbumiannya pada jam 1.20 petang hari ini, tiga anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6, tdak tahu ibu mereka sudah tiada.

Shuib menerusi Instagram Live kira-kira jam 6 petang hari ini berkata, sepanjang perjalanan pulang selepas selesai urusan pengbumian, dia tidak henti berfikir apakah jalan terbaik untuk menerangkan kepada mereka mengenai pemerg1an Siti Sarah.

“Ketika arwh mninggaI dunia, anak-anak masih tidur. Jadi, saya tdak kejutkan mereka. Sebaik tiba di rumah selepas urusan pengbumian, saya cekalkan hati untuk tidak bercakap perkara ini terlebih dulu.

“Ketika masuk ke dalam rumah, saya seboleh mungkin cuba mengelak untuk bertemu anak-anak tapi tak sempat kerana puteri kedua saya iaitu Talita terus bertanya adakah saya sudah menerima gambar adik b0ngsunya, Ayash Affan. Kemudian saya beritahu saya perlu mandi terlebih dulu kerana ada urusan di luar sebentar tadi,” katanya.

Shuib berkata, dia mandi agak lama kerana cuba mencari jalan bagaimana untuk beritahu anak-anak supaya mereka boleh menerima ketentuan ini.

“Kemudian ketika mahu ambil air sembahyang, ibu mentua saya hubungi dan meminta saya terangkan perkara ini kerana anak-anak boleh tahu berita ini menerusi YouTube.

“Jadi ini adalah dugaan paling berat perlu saya lakukan. Saya cekalkan hati dan turun panggil anak-anak. Kebetulan ketika membuka TV, tajuk beritanya adalah Siti Sarah sudah tiada. Jadi, terus anak-anak bertanya sama ada betul atau tidak berita ini,” katanya.

Enggan membiarkan anak-anaknya terus berteka-teki, Shuib berterus terang dan menjelaskan perkara sebenar yang ibu tercinta kini sudah tiada.

“Saya beritahu kepada mereka kalau sebelum ini kita buat solat hajat untuk mohon supaya ibu balik, tapi sekarang ini ibu tidak akan balik rumah lagi. Ketika itu semua diam. Ada yang faham, ada yang tidak faham.

“Saya cuba terangkan satu persatu kepada mereka. Saya beritahu kita berdoa dengan Allah supaya ibu balik, tapi ibu bukan milik kita sebaliknya ibu milik Allah. Jadi Allah tak boleh pulangkan kepada kita sebab Allah terlalu sayangkan dia, mungkin dia terlalu baik. Jadi Allah nak ambil dia dan kita tidak akan jumpa dia lagi.

“Waktu itu anak-anak semua men4ngis teresak-esak, tapi lama-lama mereka faham. Jadi saya beritahu kepada mereka yang ibu pesan mahu anak-anaknya jadi anak yang soleh dan solehah. Ibu juga beritahu harta yang dia miliki adalah anak-anaknya. Ibu mahu anak-anak turut pandai mengaji dan tidak tinggal solat,” katanya.

Shuib berkata, dia bersyukur kerana tiga anaknya faham dengan apa yang disampaikan.

Dia kemudian mengajak mereka mengerjakan solat Asar, cuma bezanya kali ini tiada lagi solat hajat.

“Ketika berdoa pula, saya meminta pertolongan Allah untuk bimbing saya dan anak-anak menjadi seperti Siti Sarah. Dia nak sangat anak-anak dia menjadi anak yang tidak kedekut dan sentiasa berbuat baik sesama manusia. Dalam doa itu semua anak-anak saya men4ngis. Allahuakbar, insya-Allah mereka faham,” katanya.

Sesi Instagram Live itu ditonton lebih 500,000 pemilik akaun Instagram yang rata-ratanya turut bersed1h atas pemerg1an Siti Sarah selain memberi sokongan terhadap Shuib dengan ujian dihadapinya itu.

Terdahulu Harian Metro melaporkan sebaik Siti Sarah dikbumikan di Tanah Perkburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 petang hari ini, tiga anaknya itu masih belum tahu ibu mereka sudah mninggaI dunia.

Siti Sarah disahkan mninggaU dunia di Unit Rwatan Rapi (lCU) HCTM jam 5.13 pagi, hari ini.

Sebelum itu, Allahyrham dimasukkan ke lCU h0spital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu. Pada hari yang sama dia sepatutnya mem0tong gelang kuar4ntin.

Siti Sarah kemudiannya ditdurkan sebelum pembdahan dijalankan bagi mengeluarkan b4yi dalam kndungan pada 6 Ogos lalu dan arwh selamat meIahirkan b4yi lelaki diberi nama Ayash Affan pada jam 5 petang.

Terdahulu, Siti Sarah bersama Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah disahkan p0sitif C0v1d-19 pada 27 Julai lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sumber: HM

Be the first to comment on "“Saya Lega Dan Bersyukur, Anak2 Faham lbu Mereka Sudah Tiada”- Shuib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*