Shuib K0ngsi VlDEO Momen Ketika Beritahu Anak2 Tentang Pemergian Siti Sarah

Sewaktu peIawak dan juga usahawan terkenal, Shuib Sepahtu ditemubual selepas pengbumian isterinya di tanah Perkburan Islam Sungai Pusu, Gombak, dia memaklumkan yang anak-anaknya masih belum mengetahui bahawa Siti Sarah sudah tiada.

Dia juga mengakui seikit gusar untuk berhadapan dengan perkara itu, namun harus menguatkan hati bagi memberitahu kebenaran sebenar kepada ketiga-tiga anaknya.

Dalam IG live Shuib petang semalam, dia ada menceritakan bagaimana anak-anaknya mulai bertanya mengapa wajah ibu mereka terpampang di media sosiaI dan ramai mengatakan yang Siti Sarah sudah mninggaI dunia.

Muat naik video beritahu anak2

Justeru itu, menerusi akaun Instagram allahyrhamah isterinya, Shuib telah memuat naik momen yang sempat dirakam saat anak-anak mengetahui kebenaran.

Dengan tenang, Shuib mengumpulkan anak-anak dan memberitahu dengan begitu hemah berkenaan pemerg1an ibu mereka.

Jelas tergambar wajah terkjut dan masing-masing mulai men4ngis teresak-esak apabila mengetahui hal sebenar sehingga pelawak tersebut juga terasa sbak.

“Ibu tak akan balik dah..Ibu dah tak ada tau..kita dah tak jumpa ibu. Ibu dah tak ada dekat dunia tapi ibu dah ada dekat syurga..” tuturnya lembut.

Shuib dengan tenang memeluk anak-anaknya dan menenangkan mereka dari men4ngis selepas dimaklumkan perkara sebenar.

Terus kuat Shuib

Ramai mengakui tdak sanggup melihat reaksi anak-anak pelawak tersebut setelah mengetahui sudah kehilangan ibu tercinta dalam sekelip mata.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah menitipkan kata-kata semangat agar Shuib terus kuat dan menjadi ayah yang baik dalam membentuk anak-anak seperti yang dipesan oleh allahyrhamah isterinya agar mereka semua membesar menjadi anak yang soleh serta solehah.

VlDEO:

Sumber: Instagram sitisarahraissuddin, omm

Be the first to comment on "Shuib K0ngsi VlDEO Momen Ketika Beritahu Anak2 Tentang Pemergian Siti Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*