[VlDEO] “Dia Cinta Pertama Saya” – Dah BeIi Baju Nikah, Lelaki Br0ken Tdak Jadi Kahwin

Dalam menjalani kehidupan ini, manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan menentukan segala-galanya. Sekiranya perkara yang diharapkan tidak berlaku, anggap sahaja tiada rezeki dan ada hikmah tersendiri.

Bagi Iqbal Baharom, dia reda apabila hasrat ingin mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya tidak kesampaian walaupun telah melakukan pelbagai persiapan menuju hari bahagia.

Menerusi perk0ngsian video di platform TikT0k miliknya, lelaki berusia 32 tahun itu memuat naik foto sijil kursus kahwin yang dihadiri tahun lalu selain persalinan nikah berona putih sedondon bersama pasangan.

Perancangan manusia itu usaha, perancangan Allah itu takdir

“Jangan kita bersangka buruk pada Allah. Dia sebaik2 perancang,” tulisnya ringkas.

Malah di akhir video berdurasi 23 saat itu, dapat dilihat Iqbal tidak dapat menahan sebak apabila men4ngis mengenangkan kepahitan terpaksa dilaluinya apatah lagi cinta pertama yang pasti bukan mudah untuk dilupakan.

Sementara itu, dia mengakui bekas tunangnya itu merupakan insan yang baik. Namun berpendapat mungkin dirinya terdapat kekhilafan atau kurang sempurna untuk bergelar isteri kepada wanita tersebut.

Video berkenaan menerima hampir 283,000 tontonan dan lebih 2,200 komen warganet yang turut bersed1h dan bersmpati dengan dugaan men1mpa lelaki berasal dari Johor Bahru itu.

Tidak kurang ada juga individu menitipkan kata-kata semangat kepada Iqbal supaya terus bersabar dan mendoakan dia dipertemukan jodoh lebih baik pada masa akan datang.

Sumber: TikT0k @manusiaberbulu, OMM

Be the first to comment on "[VlDEO] “Dia Cinta Pertama Saya” – Dah BeIi Baju Nikah, Lelaki Br0ken Tdak Jadi Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*