[VlDEO] Kereta SeIisih Di Jalan, Tok Kadi Dah Siap2 Ke Kebun Lupa Kena Nikahkan Pengantin

Majlis pernikahan merupakan hari paling bersejarah untuk setiap pasangan pengantin. Namun begitu, hari tersebut juga pastinya pelbagai situasi kalut akan berlaku tanpa diduga-duga.

Hal ini samalah seperti yang terjadi kepada seorang pengguna TikT0k dikenali sebagai @Nikafiq_official apabila berk0ngsi momen lucu sewaktu ingin bernikah tempoh hari.

Selisih kereta dengan tok kadi

Menerusi muat naik video tersebut, dia memaklumkan berseIisih dengan kenderaan imam yang bertindak sebagai tok kadi yang ingin menikahinya pagi itu.

Apa yang lebih kelakar ialah imam tersebut sedang bersiap-siap masuk ke ladang kerana terlupa akan tarikh pernikahan pasangan tersebut.

Jadi, dia terpaksa mengingatkan semula tok kadi tersebut dan perlu berpatah balik supaya impian mendirikan rumah tangga pada hari tersebut berjalan dengan lancar.

Ramai yang pernah alami perkara serupa

Situasi ‘genting’ yang dihadapi oleh pasangan pengantin itu telah mendapat respon yang pelbagai di media sosiaI. Rata-rata berasa terhibur dengan perk0ngsian tersebut dan ada juga yang menceritakan situasi hampir serupa yang pernah terjadi kepada mereka.

Di kesempatan itu, warganet turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada @nikafiq_official dan pasangannya diatas pernikahan mereka.

Sumber: TikT0k @nikafiq_official, OMM

Be the first to comment on "[VlDEO] Kereta SeIisih Di Jalan, Tok Kadi Dah Siap2 Ke Kebun Lupa Kena Nikahkan Pengantin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*