[VlDEO] lbu Tiada Bersama, Adik Perempuan Bongsu Jadi Wakil Sarungkan Cincin Tunang

Setiap kali cuti hujung minggu ataupun cuti-cuti umum, pasti akan ada diantara kita yang melangsungkan pernikahan ataupun pertunangan.

Walaupun ketika ini majlis-majlis tersebut tidak boleh diadakan secara besar-besaran, namun kehadiran ahli keluarga kedua-dua belah pihak dalam kuantiti yang sedikit sudah memadai.

Adik sarungkan cincin tunang ke bakal kakak ipar

Biasanya untuk majlis pertunangan, ibu ataupun wanita dewasa yang lebih berusia dalam keluarga yang akan menyarung cincin ke jadi gadis pilihan.

Namun, berbeza dengan perkongsian Muhammad Ihsan di aplikasi TikT0k apabila memuat naik video adik perempuannya pula yang menyarung cincin ke jari bakal isteri sebagai tanda gadis tersebut sudah dimiliki.

Situasi comel itu mendapat perhatian ramai kerana ia jarang berlaku. Dapat dilihat kanak-kanak perempuan tersebut sedikit malu-malu untuk menyarungkan cincin ke jari bakal kakak iparnya sambil diperhatikan ahli keluarga yang lain.

Wakilkan untuk arwh ibu

Menjengah ke ruangan k0men, beberapa warganet memaklumkan yang situasi tersebut berlaku disebabkan ibu kepada lelaki berkenaan sudah tiada dan adik perempuannya diberi penghormatan untuk meneruskan urusan terbabit.

Walaupun tiada sebarang penjelasan daripada pengguna TikT0k itu, namun Muhammad Ihsan dilihat meninggalkan ‘tanda suka’ di k0men yang memaklumkan hal sebenar.

VlDEO:

Sumber: TikT0k @mr.muhd, OMM

Be the first to comment on "[VlDEO] lbu Tiada Bersama, Adik Perempuan Bongsu Jadi Wakil Sarungkan Cincin Tunang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*