[VlDEO] “Tak Nak Singkat”, Usahawan Ded4h Izara Aishah Minta Gaya Tudung Labuh

Penampilan peIakon popular, Izara Aishah terus menjadi perhatian peminat di media sosiaI selepas tampil mengenakan hijab sejak pertengahan Ogos lalu.

Terbaharu, usahawan jenama tudung dan kosmetik Anas Zahrin berkongsi beberapa video di aplikasi TikT0k memaparkan pelakon berusia 29 tahun itu menjadi modeI untuk koleksi hijab keluarannya.

Menurut Anas, peIakon Ombak Rindu The Series itu meminta fesyen berhijab labuh menutupi dada berbanding gaya singkat yang boleh menampakkan bahagian tertentu seperti leher ketika sesi fotografi tersebut.

“Izara cakap ‘abang, Izara nak style labuh tau. Tak nak singkat’. Ya Allah korang, siap stokin tangan,” tulisnya yang kagum dengan kesungguhan Izara dalam menutup aur4t.

Malah, pemilihan busana jubah dan dress longgar yang dipakai Izara juga seiring dengan perubahan penampilan diri sekali gus menyerlahkan lagi keserian wajah peIakon berkenaan.

Meninjau ke ruangan k0men, hampir semua warganet memberikan reaksi p0sitif apabila melihat penampilan ‘tertutup’ Izara atau nama penuhnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin yang berusaha untuk kekal beristiqamah.

Selain Izara, beberapa artis wanita lain turut melakukan perubahan dengan berhijab antaranya Betty Rahmad, Nana Mahazan, Aprena Manrose, Siti Elizad, Farah Nabilah dan ramai lagi sejak beberapa bulan lalu.

Sumber: TikT0k @anaszahrin, OMM

Be the first to comment on "[VlDEO] “Tak Nak Singkat”, Usahawan Ded4h Izara Aishah Minta Gaya Tudung Labuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*