Tiga Tahun Bergelar Pensyarah, Kini Najwa Latif Teruja Sambung PhD Pula

Meskipun sibuk bergelar pensyarah sejak tiga tahun lalu, profesion itu tidak menghalang penyanyi Najwa Latif bagi menyambung pengajian di peringkat d0ktor falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut laporan Harian Metro, penyanyi berusia 26 tahun itu terus menuntut ilmu sebanyak mungkin sekali gus dapat memajukan diri sebagai seorang pendidik dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

“Saya percaya semakin kita belajar, semakin kita sedar betapa sedikitnya ilmu yang kita tahu. Ilmu itu sangat luas dan takkan pernah ada penghujung.

“Walaupun habis PhD nanti, saya rasa saya masih akan nak terus belajar dan belajar lagi. Semua ini untuk kepuasan diri dan memajukan diri sebagai pendidik serta individu.

“Saya bersyukur dapat peluang sambung belajar lagi masih terlalu seronok. Tapi ini permulaan baharu untuk terus memperbaiki diri dalam subjek yang sangat saya cintai, TESL,” katanya.

Penyanyi Iagu Cinta Muka Buku itu berkata, dia teruja mahu mendapatkan gelaran d0ktor meskipun baru memulakan pengajian di universiti tersebut.

“Tempoh pengajian dijangka dalam tiga hingga enam tahun. Jauh lagi perjalanan nak dapat gelaran itu namun saya rasa dapat bergelar d0ktor adalah pencapaian luar biasa untuk saya yang pernah tak minat akademik.

“Sekarang, saya lebih fokus nak buat tesis yang bagus sebab tak semua orang dapat peluang ini. Jadi saya nak gunakan peluang yang ada ini sebaik mungkin,” ujarnya.

Terdahulu, pemilik nama Imratul Najwa Abdul Latif itu bergraduasi di peringkat sarjana dari Universiti Malaya (UM) pada 2019, juga dalam bidang TESL.

Sumber: Harian Metro (Georgie Joseph), OMM

Be the first to comment on "Tiga Tahun Bergelar Pensyarah, Kini Najwa Latif Teruja Sambung PhD Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*